Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Toyota Sera, Hey Sera Sera!

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-01-10
in SHOW OFF, UTAMA
0

Ini mungkin kereta paling aneh pernah Toyota buat dalam dekad 90-an lalu. Idea mencipta sebuah ‘liftback’ 2 pintu, dengan pintu ‘gunting’, diikuti mesin pacuan hadapan kedengaran pelik namun itulah yang menjadikan kereta ini unik. Ia tidak pernah dibina lagi selepasnya dan ilham untuk kereta era itu juga menyebabkan dunia automotif lebih berkembang pada hari ini. Ia bukanlah sebuah kereta yang berjaya. Sambutannya hanya untuk segelintir peminat sahaja, malah Sera hanya dipasarkan untuk pasaran domestik Jepun.

Di Jepun banyak dengan konsep serupa dibuat untuk pasaran yang khusus. Cuma sekitar 15,000 unit kereta ini dijual dan sehingga ke hari ini hanya beberapa buah sahaja masuk ke Malaysia menerusi pengimport kenderaan terpakai ‘recond’ dari Jepun. Pasarannya kecil, harga jualan terpakai kini juga kadang-kadang tidak masuk akal. Ada yang terlalu murah, dan ada yang mahal melampau. Kesimpulannya, Sera umpama NSX, boleh dijual 90 ribu atau 190 ribu.

Keunikan kereta ini menjadi impian Chin untuk memilikinya. Sebenarnya lebih sesuai untuk digelar ‘uncle’ kerana usianya. Pada asalnya, ini kereta yang dibeli sewaktu beliau muda. Menghargai ‘rarity’ kereta ini, beliau tidak pernah terfikir untuk menjualnya.

Kereta ini disimpan cermat dengan harapan generasi anaknya dapat mewarisi pula. Namun tidak seperti yang disangka, tiada seorang pun anaknya mahu mewarisi Sera ini. Kereta ini pernah tersadai beberapa tahun tidak dipandu sehinggalah Uncle Chin mengambil keputusan untuk mengubahsuainya supaya lebih kelihatan menarik.

Kesemua panel dalaman kereta telah diganti baru dan direstorasi dengan sempurna. Kerusi, panel pintu, konsol dan trim dibalut dengan PVC campuran kulit dengan tema merah hitam, sekaligus ‘menyegarkan’ penampilan dalamannya. Vinyl yang mula merekah dibaiki dan kini pada usia kereta yang mencecah 20 tahun, Sera ini tampak lebih muda dan terjaga.

Enjin 5E-FHE dan transmisi automatik 4 kelajuan kereta ini masih berkhidmat dengan cemerlang tanpa sebarang masalah. Menakjubkan seorang ‘atuk’ boleh menjadikan enjin tersebut dengan krom dan aksesori yang sangat teliti. Pada tahap ini, kereta ini juga telah dipakaikan dengan bodykit buatan custom yang membuatkannya kelihatan lebih sporty.

Dek kerana usia kereta, sistem audio asal dengan 10 pembesar suara itu sudah tidak mampu lagi menghasilkan bunyi yang dinamik. Ya. Kereta ini didatangkan dengan pakej SLSS (surround live sound system) dengan ciri-ciri unik di zamannya. Perlu diingatkan kereta ini berteknologi awal 90-an, ketika Lexus belum lagi dianggap kereta yang mewah.

Pemain utama digantikan dengan pemain Kenwood DDX6036. Ia jauh lebih maju dari pemain kaset asal (dengan multideck). Pemain dengan fungsi DVD dan skrin sesentuh ini menyalurkan isyarat untuk diproses oleh Pre-amp Black General B488. Sebenarnya, sistem kereta ini agak mudah difahami. Ia ringkas dan tidak boleh juga diharapkan sangat untuk pasang banyak komponen kerana but belakangnya hanya bersaiz 52 x 82 cm sahaja!

Namun begitu, Concept Auto Accesories telah berjaya menjadikan kereta ini lengkap menerusi pemasangan kotak mid boleh ubah. Speaker komponen Black General B6868 dibahagikan dengan unit mid dan tweeter yang dipasang pada kotak buatan custom. Kotak ini ‘ditongkat’ menggunakan satu panel pembolehubah yang disorokkan di belakang kerusi penumpang. Bila pintu lift belakang ditutup, kotak ini dilipat ke dalam dengan ruang yang sebenarnya cukup-cukup sahaja. Unit komponen ini dikuasakan oleh seunit amplifier 4 channel Black General B-2480.

Dalam but pula ialah seunit woofer 12” Black General B2042. Woofer ini dipasang di lantai dengan kon menghadap keluar. Disebabkan konfigurasi kereta yang kompak, woofer ini dikuasakan amplifier monoblock Black General B600.1, lebih dari cukup untuk memekakkan telinga ketika kereta bergerak. Dengan penalaan ‘staging’ yang betul, bunyi yang dihasilkan sistem ini dapat ‘bersatu’ dengan mudah. Sekali lagi, terima kasih pada rekabentuk kereta dengan bumbung belakang tirus buatan kaca.

Kereta ini ditatang bagai minyak yang penuh oleh Uncle Chin. Ajaibnya, bila sudah dipulih dan diubahsuai begini tawaran demi tawaran diterima supaya kereta ini dijual. Saya tidak pasti samada beliau berseloroh atau serius tapi katanya, kereta ini akan kekal dengannya sampai ke akhir hayat. Ia adalah nostalgia yang tidak boleh ditukar dengan wang ringgit. Hmmm. Betul juga, bukan?

Previous Post

Malaysia 4 x 4 Mega Jamboree 2019

Next Post

Jualan Hebat In-Car Extravaganza Pioneer kini kembali

Next Post

Jualan Hebat In-Car Extravaganza Pioneer kini kembali

CAPAIAN

  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved