Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Sound S-Koup

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-12-11
in SHOW OFF, UTAMA
0


Ramai peminat kereta, terutamanya kereta mewah tertarik dengan rekabentuk badan coupe. Berbanding dengan hatchback, gaya kereta coupe kelihatan lebih elegan dan ia lari daripada imej boy racer yang telah sinonim dengan sebuah kereta hatchback. Pengeluar-pengeluar kereta mewah terkenal dari Eropah seperti Mercedes, BMW, Bently, Aston Martin malah Rolls Royce ada mengeluarkan kereta berbadan coupe.

Imej kereta coupe mewah menyusuri jalanraya di Monaco atau di kota Paris membuatkan kereta-kereta jenis ini diselubungi aura seorang jejaka jutawan budiman yang digilai ramai wanita. Bagaimanapun, bukan semua orang mampu membeli kereta-kereta coupe mewah seperti ini oleh kerana sebab yang saya rasa semua dah tahu – harganya.

Bagaimanapun, memiliki kereta coupe yang kelihatan hebat dan seksi kini bukanlah satu perkara yang mustahil oleh kerana kereta coupe mampu milik kini dah banyak dihasilkan oleh pengeluar kereta dari Jepun dan Korea Selatan. Salah satu daripadanya ialah Kia Koup. Ya, kereta ini bukanlah setaraf dengan Mercedes apatah lagi sebuah Bently, tapi bagi golongan kelas pertengahan, ini ialah alternatif yang mampu dimiliki.

Kereta-kereta coupe mewah ini lazimnya dilengkapi dengan sistem audio premium seperti Bose atau Mark Levinson yang menepati citarasa pemilik jutawannya. Tapi kalau kereta macam Kia Koup ini, sistem audio yang dibekalkan cuma ala kadar saja. Mujurlah ada banyak sistem audio jenis aftermarket untuk dipilih bagi menaikkan taraf sistem audio kereta coupe buatan Korea ini sesuatu yang setanding malah lagi hebat dari apa yang ditawarkan oleh Mercedes!

Projek naik-taraf audio Koup ini dimulakan dengan menggantikan unit utama dengan pemain DVD jenis din berkembar dari Alpine IVA-W502 yang boleh dikatakan antara unit utama termaju di dalam kelasnya. Didatangkan dengan teknologi ‘imprint’ unit ini juga mempunyai skrin bersaiz 7” resolusi tinggi WVGA dan boleh memain-semula muzik dan video secara terus dari pemain i-Pod.

Untuk memantapkan lagi frekuensi bunyi yang keluar daripada pemain tadi, unit utama ini disambungkan pula kepada pemproses bunyi digital Alpine PXA-H800 yang dipadankan bersama-sama pengawal kawalan jauh Alpine RUX-C800. Dengan pemproses digital ini, penala mampu menala bunyi dengan lebih tepat dan bunyi yang bakal dihasilkan ialah jelas dan bersih – segala-gala yang diperlukan bagi mereka yang mementingkan kualiti bunyi. Unit pemproses digital ini disambung kepada unit utama menggunakan kabel jenis optikal dan AI-Net yang memastikan tidak ada gangguan (distortion) pada frekuensi bunyi yang disampaikan.

Selepas tu, installer projek ini memilih tiga unit amplifier dari buatan Mercury untuk memacu speaker-speaker yang bakal dipasang kelak. Untuk pengetahuan pembaca, jenama Mercury ialah jenama premium dari negara Gajah Putih, iaitu Thailand yang direka dengan kualiti bunyi menjadi keutamaan tanpa tanda harga yang terlalu mengejutkan.

Dua amplifier jenis 4 saluran dari Mercury MS-904 dipilih bagi memacu speaker-speaker yang diletak di dalam kereta. Amplifier pertama digunakan bagi memacu dua unit speaker jenis komponen Mercury MZR-999 yang datang dengan mid bass 6.5 inci, dua unit tweeter dan dua unit crossover jenis analog. Kesemua speaker tersebut mendapat kuasa secara individu daripada amplifier 4 saluran tadi bagi memastikan kualiti bunyi yang terbaik.

Seunit lagi amplifier digunakan semata-mata untuk memacu dua unit speaker mid range berdiameter 3” dari Mercury Competition. Memandangkan hanya dua unit speaker digunakan, kuasa daripada amplifier tadi disatukan untuk menjadi 2 saluran sahaja. Speaker ini, dengan tweeter yang datang bersama-sama unit komponen tadi dipasang pada perumah custom yang dibina pada tiang-A kereta manakala speaker mid bass 6.5 inci dimuatkan di dalam perumah speaker OEM kereta.

Untuk ledakan bunyi bass yang mantap, kereta ini dipasang dengan seunit woofer 10 inci Mercury Maxx yang mendiami perumah custom di dalam but belakang. Kuasa untuk bunyi bass ini disalurkan oleh seunit amplifier jenis monoblock Mercury MS-1500 yang cukup berkuasa tinggi bagi memastikan bunyi bass yang padat dan bersih.

Bercerita pasal perumah, ketiga-tiga amplifier tadi pun disimpan di dalam but belakang dan dilitupi dengan perumah custom yang diperbuat daripada kayu dan lapisan perspex lutsinar pada lantai but. Perumah woofer tadi disaluti dengan lapisan plastik seperti cermin yang memberi ilusi seolah-olah kereta ini mempunyai 6 amplifier! Tidak dilupakan ialah hiasan lampu LED yang memberikan impak visual yang menarik kepada sesiapa saja yang melihat.

Hasil akhirnya? Kia Koup ini kini dilengkapi dengan sistem audio yang boleh dicemburui pemilik kereta coupe mewah yang lain.

Previous Post

Meet Honda Machine 2K19

Next Post

Perhimpunan Kenderaan Klasik & Retro

Next Post

Perhimpunan Kenderaan Klasik & Retro

CAPAIAN

  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved