Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Satria Enatra

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-11-23
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bila melihat pelekat ‘Enatra’ di belakang Satria ini, ingatan saya seakan-akan terpanggil kepada sesuatu. Puas saya cuba mengingati kembali sehinggalah bos beritahu bahawa Enatra adalah sebuah pusat aksesori audio di Johor yang sudah lama berkecimpung dalam dunia audio. Barulah ingatan saya pulih bila teringatkan sebuah majalah lain yang diterbitkan lama dahulu mengenai sistem audio. Sekarang, majalah itu pun dah lama tiada di pasaran. Sesuatu yang membuatkan saya tidak lupa kerana ia satu-satunya kedai aksesori yang diusahakan oleh kaum Bumiputera di ketika itu.Ironinya begini, perniagaan di Malaysia ini adalah tipikal terhadap kecenderungan mengikut kaum. Misalnya kedai alatganti kereta dan jualan motosikal milik orang Cina lazimnya. Kedai menjahit, kedai pakaian bundle, biasanya diusahakan orang Melayu sementara kedai gunting rambut dan gerai majalah, ialah kaum India. Betul kan?

Bila melihat kereta ini, saya sedar tentang satu perkara. Banyak duit juga kalau sebuah kereta yang asas nak dilengkapkan sebegini. Berbual panjang dengan si pemilik, saya dimaklumkan bahawa ‘berlian’ VIP yang dipasangkan di dalam kereta ini menelan kos keseluruhan RM4,000. Cukup untuk membayar ansuran kereta saya selama setahun.Apa yang menyebabkan kereta ini begitu istimewa adalah berkenaan segenap inci bahagian yang mendapat perhatian pemiliknya. Bukan sahaja sistem audio penuh di sebalik pintu bonet belakang yang menarik perhatian kami. Malah, teknik pemasangan, hiasan dalaman dan kerja kemas cat berkelip-kelip di luarnya juga amat cemerlang!

Pemiliknya dikenali dengan panggil Ckboyz atau nama sebenarnya Fendee Ali. Bagi menghasilkan sebuah kereta yang akan dikenali membawa reputasi premis perniagaan, Satria ini boleh dianggap berjaya. Ia adalah contoh pemadanan sistem audio yang kompleks, kualiti dan kekemasan hasil kerja yang bagus dan pemilihan pakej yang betul. Di suatu petang, di sebuah lorong kedai, kami diperdengarkan dengan sistem bunyi Satria ini. A+. Noktah.

Bunyi yang dihasilkan oleh sistem SPL ini lebih cenderung kepada kualiti SQ (sekurang-kurangnya pada telinga saya). Pembinaannya bermula dengan pemain utama Pioneer P5850MPH dan seunit pemain JVC KD DV6406. Talaan 2 pemain begini lazimnya dibuat untuk mengasingkan dua jenis set-up bunyi yang berbeza. Untuk show-off, pemain Pioneer bertindak sebagai unit utama sementara untuk mendengar dalam kabin ketika kereta dipandu, ia dilaras dari pemain JVC tersebut yang berfungsi sebagai pemancar isyarat digital visual kerana ia mampu membaca isyarat DVD. Sebuah monitor indash motorised turut dipasangkan di dalam kolum DIN papan pemuka kereta ini.

Sistem utama ini saling berintegrasi menerusi ‘splitter’ yang juga bertindak sebagai pre-amp bagi sistem utama. Pre-amp 7 band ini dipasangkan di bahagian kabin tempat duduk belakang bersama dengan pemain Pioneer, dua unit amplifier, sebuah bateri dan aksesori bekas minuman VIP.Sistem ‘pameran’ kereta ini kesemuanya duduk di bahagian but belakang kereta. Seperti yang dapat anda lihat pada foto, ia merupakan dominasi subwoofer daripada Mohawk yang berjumlah empat unit, masing-masing berukuran 12 inci dari model Mohawk SE. Sub tersebut dipasangkan dalam kekotak kedap udara, dibalut dengan pelapik permaidani lembut dan dihias dengan manik-manik berlian VIP di sekelilingnya. Keempat-empat sub tersebut menerima bekalan kuasa dari dua unit amplifier monoblock Mohawk MS2000.1D. Kombinasi ini menghasilkan dentuman bass yang dalam tetapi masih lagi meletup untuk menenggelamkan bunyi kereta lain.

Apa yang membuatkan saya berpendapat bahawa kualiti SQ nya yang menarik mungkin dengan kehadiran 8 unit mid speaker yang dipasang bersama dalam ruang bonet Satria ini. Model MC6 6 inci Mohawk ini bukanlah unit komponen, sebaliknya speaker yang menghasilkan mid tegar 100 peratus. Tiada distortion langsung memandangkan kelapan-lapan unit speaker ini dipacu oleh amplifier MS300.2 Mohawk yang mana tidak ramai yang sangka prestasinya menujah kuasa untuk 8 unit mid adalah cukup bagus. Jika anda perhatikan posisi pemasangannya yang berada di luar posisi sub, ia menjadikan bunyi lebih jelas. Dalam istilah audio, bunyi ini berada pada atas permukaan (above the surface) kerana dengan sedikit talaan, bunyi bass akan datang kemudian.

Ketajaman bunyi juga disokong oleh empat unit tweeter yang bergerak secara bebas. Ia tidak bergantung pada pemotongan frekuensi kerana ia bukan speaker jenis komponen. Malah jelas sekali bahawa jenamanya pun lain. Focal. Nama pun Focal, jadi tak perlulah berpeluh-peluh bila memasang tweeter kualiti rendah yang mana menala pre amp mencari frekuensi 15000mhz tetapi kualitinya macam 5000mhz. Tweeter titanum super bullet ini mendapat kuasa dari amplifier Mohawk MS100.2.

Tadi saya ada bercakap tentang sistem bunyi kabin. Ia sebenarnya amat ringkas kerana hanya dua unit speaker komponen yang menjalankan tanggungjawab tersebut. Ia adalah Mohawk MC6, sama dengan unit di dalam but tetapi MC6 ini datang dengan crossover pasif dan dua unit tweeter. Speaker-speaker ini mendapat bekalan kuasa dari kuasa dari pemain utama JVC.Seperti yang diberitahu, kereta ini bukan sahaja memiliki pakej bunyi yang menarik, malah pengubahsuaian keseluruhannya. Warna multiplex mahogani yang dipadankan dengan roda Pegasus EXE 17 inci menjelaskan tema VIP yang cuba dibawa. Susunan berlian yang memenuhi bahagian kabin penumpang melengkapkan kereta ini secara keseluruhan.

 

Previous Post

Aeon Mall Nilai Audioshow

Next Post

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

Next Post

Pameran kenderaan terbesar di ASEAN, Malaysia Autoshow 2019 bermula hari ini

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved