Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : MYVI Caliber, True Bass Lover

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Masih ingat dengan kisah sesi fotografi di Melaka yang kami ceritakan pada bulan Ramadhan beberapa tahun lepas? Ya. Saya tak boleh lupa, jantung berdebar tak berhenti bila beg kamera tertinggal di Seremban. Setelah sampai ke Melaka baru sedar barang tertinggal.

Nasib baik kereta Volkswagen Passat CC Boss berkuasa tinggi dan mampu mencecah kelajuan cahaya. Semuanya dapat diselamatkan. Alhamdulillah.

Ini adalah kereta yang entah ke berapa saya shoot di Melaka, sampai tak ingat sebab terlalu penat. Bayangkan menahan lapar dan dahaga di bawah terik matahari dalam bulan puasa. Tetapi dengan izin Tuhan, segalanya berjalan lancar seperti yang dirancangkan.

Perodua Myvi ini mempunyai sistem yang hampir sama dengan Toyota Vios yang kami siarkan dalam keluaran lepas. Ia dibina berasaskan platflorm berbeza tetapi pemilihan peralatan dan penalanya adalah orang yang sama, Megar Sound Car Auto Accessories & Air Cond.

Perbezaan dengan sistem Vios teman si Myvi ini terletak pada pemain utamanya. Ia tidak ada imej visual di hadapan kokpit, di mana seunit pemain Pioneer 2-din FH-P6050UB telah digunakan. Pemain ini menghantar isyarat sepenuhnya pada CPE-1011D, pre-amp sekunder dari Caliber yang memusatkan penalaan bagi keseluruhan sistem yang dipasangkan pada kereta ini.

Dari unit pre amp, pendawaian diteruskan ke bahagian amplifier. Tiga unit amplifier dipasangkan yang terdiri daripada seunit amplifier monoblok, amplifier 4 channel Caliber CA-2104 dan Caliber 2 channel CA-5530.
Jelas, amplifier inilah yang menentukan prestasi speaker sama ada bagus bunyinya atau sekadar gempak pada rupa tapi bunyinya ke laut. Amplifier 4 channel Caliber CA-2104 bertanggungjawab mempersembahkan prestasi bunyi dari 6 unit mid bass Caliber.

Keenam-enam mid bass ini dipasangkan pada perumah custom buatan gentian kaca yang memenuhi bahagian but belakang Myvi yang kecil ini. Sudah tentulah, bila buat projek begini, pengorbanan pada ruang bagasi adalah diperlukan. Tak ada orang yang memikirkan faktor praktikal bila menggunakan sebuah hatchback kecil sebagai asas projek.

Dua unit woofer 12” Caliber CW130SVC kini mendominasi bahagian persembahan audio. Ia dikuasakan oleh seunit amplifier monoblok sebagaimana yang disebutkan tadi. Walaupun kemasan woofer ini kelihatan “dibalut’ gentian kaca sebenarnya, ia terlebih dahulu dipasangkan pada kotak buatan kayu khas yang dimatikan terus kedudukannya pada lantai belakang.

Mana-mana sistem audio yang sempurna tentu sahaja tidak akan lengkap tanpa keluaran bunyi frekuensi tinggi. Empat unit tweeter CT-70H juga dari Caliber mendapat posisi yang cantik di antara kedudukan mid tadi.

Tweeter ini dijana oleh seunit amplifier Caliber 2 channel CA-5530. Setelah selesai semuanya, gugusan peralatan audio ini diwarnakan dengan skema warna merah terang, menjadikannya kelihatan cukup bertenaga, selari dengan kuasa yang mampu dihamburkannya.

Previous Post

Kar Hifi #109

Next Post

Oldskool Street IV

Next Post

Oldskool Street IV

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved