Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Maserati McIntosh

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-09-04
in SHOW OFF, UTAMA
0

Maserati adalah sebuah kereta mewah eksotik untuk pasaran kecil yang digunakan Ferrari untuk meluaskan pasaran mewah mereka. Ferrari yang terkenal menghasilkan kereta ‘hypersport’ mempunyai cabang pengeluaran kereta sedan mewah sebagaimana Mercedes mempunyai Maybach. Dalam pasaran dunia kenderaan mewah sebegini, tidak banyak nama yang berjaya menghasilkan ideologi kereta yang bertahan kerana kos pembuatannya yang tinggi serta segala kelengkapan moden dan mewah yang dipasangkan. Nama-nama seperti Roll-Royce, Maserati, Maybach dan Bentley adalah sebahagian dari ‘mainstream’ yang masih kekal mendahului pasaran niche ini.

Melihat dari sudut kualiti pula, tidak perlu dipertikaikan lagi. Ini adalah kereta yang mendapat ‘layanan’ sepenuhnya dari pengeluar, kebanyakannya dijual dalam jumlah sedikit, dibuat dengan tangan dan ia lebih kepada hasil kraf berbanding sebuah kereta. Harga jualan jutaan ringgitnya adalah bukti bahawa pengeluarannya bukanlah untuk orang sebarangan.

Lama selepas kemunculan Quattroporte V8 ini, Maserati hampir senyap dengan rumours dan spyshot model baru. Tapi apa yang akan kami perlihatkan kepada anda pada kali ini ialah sebuah sedan mewah yang satu ketika dahulu terkenal sebelum ditenggelamkan oleh Flying Spurs oleh Bentley. Baiklah. Untuk sebuah sedan begini, tentunya sistem audio adalah salah satu poin utama menarik pembeli. Sewaktu meninggalkan kilangnya, kereta ini dipasangkan dengan sistem premium oleh Bose.

Hampir sedekad selepas itu, sistem ini diterima QQQ Audio yang amat serius membikin kereta-kereta berteknologi SQ. Mungkin secara kebetulan, QQQ mendapat tawaran memasarkan produk baru Bewith dari Jepun. Ya. Jika anda bicara pasal audio SQ dari Jepun, mereka bukanlah di senarai pilihan. Mungkin pilihan dari Jepun terhad kepada pemain utama sahaja. Speaker dan amplifier kebanyakannya dihasilkan di sebelah Eropah seperti Itali, Prancis, Amerika Syarikat dan Jerman.

Kereta ini masih menggunakan sistem asal dengan pemain utama 2-din. Ia dilengkapi dengan penukar cakera 6 unit Blaupunkt yang terletak di bawah kolum stereng. Pemiliknya tidak mahu menggugat sebarang posisi asal lantas menambah seunit commander radio Sony dan seunit penukar cakera padat baru Nakamichi 100cdc/i. Kesemua media ini disatukan untuk dikawal Audison Bit Ten D.

Kesepadanan komponen ini dikemaskan dengan pemasangan dua unit amplifier dari McIntosh; amplifier 2 channel MCC302 dan amplifier 4 channel MC420. McIntosh adalah satu lagi pembuat audio eksotik yang tak suka mengikut arus. Jujurnya saya tak berapa suka dengan amplifier ni kerana keluaran bunyinya yang ‘keras’ berbanding amplifier premium yang lain.

Amplifier MCC302 bertanggungjawab memacu seunit woofer Bewith Accurate II bersaiz 7”. Woofer ini dipasangkan di bahagian papan speaker belakang yang cukup lebar untuk menampung sehingga woofer 10” sekalipun.

Seunit lagi amplifier MC420 digunakan untuk memacu mid bass Bewith Accurate II A130II dan dua unit tweeter Bewith A50II dari siri yang sama. Ia dipasangkan di bahagian panel pintu dengan teknik pemasangan khusus yang dihalakan terus ke bahagian yang dikehendaki. Berbeza dengan speaker lazim SQ yang pernah saya lihat, kontur speaker ini memang direka dengan sudut khas di mana kon pembesar suaranya dibuat pada hala menyenget beberapa darjah. Menurut pengeluarnya, ia dibuat untuk memastikan sudut keluaran bunyinya tepat menjangkaui staging yang luas.

Dari hasil pemasangan dan kualiti bunyi yang dihasilkan, saya agak terkejut kerana ia bukanlah jenama yang saya biasa dengar. Hampir pada semua peringkat volum, suaranya kedengaran jelas, terang dan tirisan bunyinya sangat nipis. Pembentangan bunyi keseluruhanya turut berfungsi baik dengan penalaan jitu dari Bit Ten yang memastikan stagingnya berlegar pada sudut pemandu dan saya yakin inilah bunyi yang kebanyakan pencinta SQ mahu.

Jika anda inginkan sesuatu yang berbeza, saya berani untuk memberitahu yang Bewith betul-betul serius dalam membina set yang menarik untuk penggemar SQ. Cuba dan hayati kepingan bunyi yang dihasilkan kerana QQQ ada lagi sebuah kereta demo Ford Ranger yang baru sahaja disiapkan. Silakan!

Previous Post

Ultra Racing @ Karnival Auto City Juru 2019

Next Post

Antera Battle For The Best Show

Next Post

Antera Battle For The Best Show

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved