Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Kelisa NT Power, Musical Mover

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-20
in SHOW OFF, UTAMA
0

Mungkin ramai antara generasi baru masa kini yang kurang mengenali Perodua Kelisa yang pernah menjadi salah satu kereta kompak paling popular di kalangan masyarakat Malaysia, khususnya golongan muda-mudi yang memilihnya kerana ‘mesra’ ekonomi. Kelisa juga antara model keluaran Perodua terlaris selepas Kancil, sebelum Myvi mengambil alih dan terus mendapat tempat sehingga hari ini. Walaupun pengeluaran terakhirnya pada tahun 2009, Kelisa masih lagi menjadi pilihan dan mempunyai permintaan tinggi untuk kereta-kereta terpakai.

Sebagaimana Kancil yang dibawa masuk ke Malaysia selepas penjenamaan semula dan dimodifikasi dari Daihatsu Mira L200, Kelisa juga menjalani proses yang sama tetapi dibangunkan berasas Daihatsu Mira generasi kelima, L700. Disebabkan permintaan yang tinggi dari penggemar kereta, Perodua telah mengeluarkan beberapa edisi dan ia bukan sahaja terhad untuk jualan tempatan, malah turut diedar dan dipasarkan ke luar negara termasuk ke United Kingdom sejak tahun 1997. Mungkin masih ramai ingat kontroversi melibatkan Kelisa dan Jeremy Clarkson yang membeli Perodua Kelisa EX dan meletupkannya semata-mata untuk meluahkan kekecewaan beliau terhadap penghasilan Kelisa ini.

Walaupun sebuah Kelisa telah diletupkan dan mencetuskan ketegangan, tetapi tiada sebarang aduan yang diterima dari pengguna di United Kingdom. Ironinya, sehingga hari ini Kelisa masih lagi relevan dan ia dibuktikan dengan penampilannya di atas jalanraya serta di beberapa acara permotoran. Salah satu Kelisa yang terus aktif memeriahkan tapak acara adalah milik WH Weihaa Team yang dimodifikasi lengkap dengan sistem audio sangat sinonim sekitar dunia audio di Sarawak. Setiap kali pertandingan audio dianjurkan, WH Weihaa Team tidak pernah ketinggalan menghantar penyertaan menerusi Kelisa ini.

Biarpun kelihatan seperti biasa dari sudut eksterior tetapi Kelisa ini memikul sistem audio lengkap dan untuk pengetahuan anda, ia telah memenangi beberapa pertandingan audio penting yang diadakan di sini. Sekali pandang, tiada apa yang berbeza melainkan beberapa pelekat yang menghiasi dinding Kelisa ini. Keadaan yang sangat berlawan dengan isi di dalamnya. Kesungguhan bermain audio dapat dilihat sebaik sahaja pintu dibuka, seakan mengalu-alukan anda untuk menikmati sistem audio yang dibawanya. Kenapa saya kata begitu? Bagi memuatkan sistem audio di dalam Kelisa ini, kerusi penumpang di bahagian belakang telah dicabut untuk memberi laluan kepada perumah khas yang digunakan untuk menempatkan barisan amplifier dan crossover elektronik.

Dipasangkan dengan kelengkapan audio dari jenama NT Power, sistem audio dari Kelisa ini dimulakan oleh pemain utama, Pioneer DEH-5450SD yang dipasangkan di bahagian kabin. Dari sini, data yang dibaca di unit pemain utama tadi dipecahkan kepada dua laluan dan kedua-dua laluan ini didahulukan oleh seunit pre-amp 7 band dari NT Power NT-P777. Laluan pertama, dikhaskan untuk barisan speaker yang terdiri dari mid bass dan tweeter yang dipecahkan pula kepada dua laluan baru. Kedua-dua laluan baru ini dimulakan dengan seunit amplifier 4 channel NT Power NT-84.

Laluan pertama, amplifier 4 channel ini digunakan untuk memacu 6 unit mid PA 6.5” NT Power NT-PA6 dan dua unit bullet tweeter NT Power. Kesemua speaker ini telah dipasangkan di sebuah perumah yang dilekatkan pada boot lid. Ini diikuti oleh laluan kedua dan unit kedua amplifier 4 channel ini bertugas untuk memacu dua unit mid PA 6.5” NT Power NT-PA6 dan dua unit bullet tweeter NT-Power NT-PA3 ini dipasangkan berasingan. Seunit mid dan seunit tweeter diletakkan di sisi perumah khas berlorong seperti gua yang menempatkan 4 unit woofer. Kalau ada antara anda bertanya, kenapa perumah untuk woofer dibina sedemikian?

Tunggu dulu, Izinkan saya melengkapkan sistem audio yang hampir selesai. Berbalik ke laluan kedua di awal tadi yang bermula dari seunit pre-amp 7 band NT Power NT-P777 dan isyaratnya dihantar pula ke crossover elektronik NT Power NT-6EQT. Sebagai penutup, isyarat yang telah diproses di unit crossover tadi dihantar untuk memacu 4 unit woofer 12” NT Power NT-W12D. Baiklah, kembali kepada soalan tadi. Kenapa perumah untuk woofer dibina berlorong? Selain memberikan impak yang lebih besar, ia dibina sedemikian untuk memberi ruang untuk barisan speaker yang terlebih dahulu dipasangkan di bahagian boot lid tadi. Perancangan dan pemasangan yang bijak, bukan?

Previous Post

Camry Audiobank

Next Post

Archive : Inspira Performance, The Inspiration

Next Post

Archive : Inspira Performance, The Inspiration

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved