Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Civic RS powered by Agako

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-08-16
in SHOW OFF, UTAMA
0

Honda Civic merupakan sebuah kereta yang mengubah industri automotif secara keseluruhan. Semenjak pengenalan model pertamanya yang lebih lewat dari Corolla, Civic mempengaruhi industri dalam banyak cara. Ia adalah revolusi dan berevolusi menjadi model penumpang paling berpengaruh. Setiap model barunya dinantikan, malah ketika prosedur segmennya berubah dengan ketara sejak 2 dekad lalu, Civic tidak banyak berubah dari segi konsep.

Bagi kebanyakan model yang dihasilkan, ini adalah sebuah Civic yang agak dilupakan di kalangan peminat kereta Honda. Tiada yang salah tentang kereta ini, cuma ianya tidak lagi dibina di atas sebuah platform multilink yang menjadi kebanggaan Civic sejak beberapa generasi. Inovasi yang diperkenalkan ternyata tidak mampu mengalahkan beberapa model yang diperkenalkan sebelumnya. Dari sudut prestasi, ia jauh ketinggalan di mana enjin siri K (K20) kini didominasi sepenuhnya oleh EP3 dan juga DC5. Pengubahsuaian untuk prestasi adalah sesuatu yang jarang sekali untuk dilihat.

Bagaimana kalau kereta ini diubahsuai untuk gaya? Pasti ia menjadi sebuah kereta yang cantik. Ini banyak didorong oleh lengkok badan yang ringkas membolehkan apa juga kit dicipta tanpa halangan. Kunjungan kami ke salah sebuah pusat akseosri terkenal di Kapar bulan lalu telah menemukan kami dengan Civic RS ini. Mungkin salah satu contoh paling sempurna pernah dibina pada platform Civic generasi ke tujuh ini.

Dimulakan dengan sistem audio terlebih dahulu. Pemain pilihan kali ini ialah Pioneer 3050UB, ditugaskan membaca media hiburan (bukan majalah media hiburan) yang disuapkan padanya. Pemproses ini tidak begitu kompleks membolehkan apa juga jenis cakera padat dibaca, tidak dilupakan ia turut mampu menafsir format MP3 dan WMA. Harganya pun berpatutan dan bila berpatutan sudah tentu tidak banyak fungsi yang boleh diharapkan. Satu lagi pemproses yang dipasangkan ialah pemain DVD yang juga dari jenama Pioneer.

Program talaan diserahkan kepada dua unit pre-amp yang memiliki laluan pemprosesan masing-masing. Pre-amp RDS dikhaskan untuk talaan mid bass dan frekuensi tinggi. Sementara satu lagi unit pre-amp Stellar digunakan sebagai menapis frekuensi rendah untuk woofer. Ya. Walaupun kemampuan amplifier sendiri sudah cukup melaras kedalaman bunyi yang dikehendaki (dengan andaian satu jenis frekuensi sahaja – woofer), fungsi pre-amp tidak boleh dipandang rendah memandangkan ia pelaburan yang murah.

Frekuensi mid bass didendangkan oleh empat unit speaker RDS yang dipasangkan pada boot lid belakang. Bersamanya ialah empat unit horn tweeter dan juga dua unit monitor TFT 7 inci. Kesemua peralatan di bahagian ini dibalut dengan fabrik merah – warna yang ikonik untuk Civic. Perumah untuk monitor dibuat secara bolt-on, hanya dipasangkan bila perlu dan juga berfungsi sebagai boot stand untuk menampung trunk lid yang semakin berat.

Gabungan speaker tersebut dikuasakan oleh amplifier Agako 2 channel. Amplifier monoblock Agako pula digunakan untuk menghentam 3 unit woofer 12 inci RDS di dalam but kereta. Bekalan kuasa distabilkan oleh kapasitor 2 farad RDS Pro. Sama seperti penutup boot, bahagian lantai dan dinding but kereta ini dibalut dengan fabrik merah ala Type R serta perspeks untuk melindungi amplifier disamping memperagakannya.

Kereta ini dibina bukan untuk tujuan audio semata-mata. Rekaan keseluruhan dan solekan yang dibuat menjadikan kereta ini lebih rapi tapi tidak keterlaluan. Di bahagian luar, sisi hadapan dan belakang kereta ini telah ditambah 3 inci dari kedudukan asal. Ia memberi impresi sebuah kereta GT bila seunit GT Wing dipasangkan padanya. Dengan keadaan badan begitu, rim 18 inci yang dipasangkan terpaksa diangkup dengan wheel spacer setebal 4 inci lagi.

Bumper hadapan dan belakang direka semula dengan corak tersendiri. Dengan lapisan pelekat hitam senada dengan warna badan kereta putih, bodykit yang dipasangkan padanya kelihatan seragam dan nampak tidak keterlaluan. Jika bahagian luaran menampilkan gaya GT-racer, berbeza di bahagian dalaman yang kelihatan lebih garang bercampur VIP. Warna merah mendominasi banyak bahagian dan aksesori bulu-buluan merah serta bekas wangian VIP menampilkan sesuatu yang agak kontras.

Previous Post

G-Net System

Next Post

dB Drive Euphoria Audio Seminar West Malaysia 2019

Next Post

dB Drive Euphoria Audio Seminar West Malaysia 2019

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved