Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Archive : Avanza, eksperimentasi dan ekpresi

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2019-10-07
in SHOW OFF, UTAMA
0

Satu ketika dahulu, keperluan asas manusia hanya tiga perkara penting iaitu tempat tinggal, makanan dan juga pakaian. Namun, senarai ini berubah mengikut peredaran zaman dan teknologi yang turut sama berkembang. Salah satu perkara yang menyusul dalam senarai ialah keperluan kenderaan. Ya! Kenderaan amat diperlukan oleh manusia untuk kemudahan bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain.

Kini, senarai tersebut semakin bertambah dan akan bertambah lagi selari dengan perkembangan semasa. Hal ini termasuklah keperluan kenderaan yang membentuk satu lagi keperluan lain, hiburan dalam kereta atau lebih terkenal dengan singkatannya I.C.E.

Sedekad yang lalu, perkataan I.C.E terlalu kerdil kewujudannya di Malaysia. Sekarang, ia seumpama sesuatu perkara wajib ada dalam setiap isi kereta. Hampir ada sahaja kereta yang dimuatkan dengan jentera I.C.E ini. Tak kiralah yang melibatkan modifikasi I.C.E ekstrem mahupun sekadar suka-suka. Ia tetap ada.

Malah, ia tidak hanya tertakluk kepada kenderaan jenis K-kompak mahupun sedan. Virus I.C.E semakin merebak dan menjangkiti kenderaan MPV, van, malah SUV sekalipun. Fenomena I.C.E memang tidak dapat dihalang oleh sesiapa pun. Termasuklah Md Yazid Ghazali, pemilik Avanza sejak tahun 2005.

Yazid tidak pernah menjadikan kerjanya sebagai alasan untuk menaburkan segala minatnya terhadap I.C.E. Beliau juga tidak terkongkong kepada kejanggalan. Apa tidaknya, Yazid berani bereksperimentsi terhadap Avanza dengan memuatkan jentera I.C.E yang setakat ini jarang dilakukan oleh orang lain. Maklumlah, Avanza lebih sinonim dengan kenderaan famili, dijadikan pengangkut I.C.E.

Bahagian belakang yang sepatutnya merupakan ruang untuk penumpang dan juga mengisi barang-barang telah melalui transformasi dan dijadikan ruang khas menempatkan kesemua jentera I.C.E Avanza ini. Keistimewaan yang ada pada MPV ini telah digunakan untuk jentera I.C.E. Adakah ianya sesuatu yang bijak? Jawapannya hanya ada pada Yazid dan mungkin anda juga.

Ketepikan dahulu isi yang ada pada bahagian belakang Avanza ini dan tumpukan segala perhatian kepada ‘kapten’ yang mengendali keseluruhan I.C.E ini. Kapten yang dimaksudkan di sini ialah pemain utama dari jenama Axis pilihan utama Yazid. Sedikit janggal sebaik melihat jenama ini, tetapi Yazid tentu mempunyai alasan tersendiri dengan memilih jenama tersebut.

Perjalanan isyarat yang dipancarkan oleh pemain utama, diteruskan kesinambungannya oleh 2 unit pre-amp dan crossover, masing-masing dari jenama Mohawk dan Caliber. Jika pemain unit yang mampu menghasilkan isyarat yang baik, kedua-dua unit ini tidak mungkin diperlukan. Ia juga dapat menjimatkan banyak benda.

Pre-amp MKQ-7S dari jenama Mohawk ini telah digunakan untuk memacu dua unit amplifier monoblock M2000-1 juga dari jenama Mohawk. Dari sini pula, 2 unit monoblock tersebut bertugas memberikan ‘nyawa’ kepada 6 unit woofer 12” dari Kicker Comp.

Manakala crossover elektronik Cex-600 dari jenama Caliber memegang amanah sebagai penghantar isyarat yang telah diterima daripada pemain utama kepada 2 unit amplifier 4 channel iaitu Sony XM-5540 dan Soundstream. Masing-masing pula membawa tugas sebagai pemacu isyarat kepada 8 unit mid bass berukuran 6 inci jenama Mohawk dan juga 8 unit dome tweeter.

Dengan kepadatan yang mengisi belakang Avanza ini, tentu sekali tidak dapat dibayangkan sekuat mana dentuman yang dihasilkan. Namun sebagai kaki I.C.E yang baru setahun terjebak dalam jangkitan I.C.E ini, tentu ada banyak lagi yang perlu diterokai Yazid. Oleh itu, selamat berjuang diucapkan!

Previous Post

Gasper Suspension

Next Post

Majlis Berbuka Puasa Kelab Honda Civic Vtec True Street dan Group Anak-Anak Abah Lee

Next Post

Majlis Berbuka Puasa Kelab Honda Civic Vtec True Street dan Group Anak-Anak Abah Lee

CAPAIAN

  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved