Kar Hifi
Parasol
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Semua Pengangkutan Awam Di Bawah Kendalian RapidKL; Kurangkan Kos Hidup Rakyat Dan Kesesakan Jalan Awam

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2022-06-17
in BULETIN, UTAMA
0

Penumpang KTM Komuter laluan Lembah Klang boleh menikmati perkhidmatan itu secara percuma selama sebulan bermula hari ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Ketika mengumumkan berita gembira itu, beliau berkata selain mengurangkan kos hidup rakyat, pemberian tambang percuma juga bertujuan mengurangkan kesesakan jalan awam.

“Seperti saya umumkan, kerajaan akan berikan tambang percuma selama sebulan untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam kendalian RapidKL.

“Selain RapidKL, KTM Komuter di bawah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) laluan Lembah Klang juga akan dapat tambang percuma selama sebulan,” katanya pada sidang media selepas menaiki Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Putrajaya Fasa Satu dari Stesen Kampung Batu ke Stesen Sri Damansara Sentral di sini hari ini.

Terdahulu, ketika berucap melancarkan MRT Laluan Putrajaya Fasa Satu di Stesen Kampung Batu, Ismail Sabri mengumumkan perkhidmatan percuma bagi semua pengangkutan awam di bawah kendalian RapidKL merangkumi MRT, Transit Aliran Ringan (LRT), Transit Aliran Bas (BRT), monorel serta bas RapidKL selama sebulan bermula hari ini.

Menjelas lanjut, Perdana Menteri berharap pengguna akan menggunakan pengangkutan awam bukan hanya sepanjang tempoh pemberian tambang percuma tetapi setiam masa kerana ia dapat menjimatkan masa perjalanan ke sesuatu destinasi.

Beliau berkata kerajaan menanggung subsidi sebanyak RM155juta untuk pemberian tambang percuma masing-masing RM140juta untuk semua perkhidmatan pengangkutan awam di bawah RapidKL dan RM15juta bagi KTM Komuter laluan Lembah Klang.

Ditanya jika kerajaan akan memberikan harga istimewa bagi tambang pengangkutan awam selepas tambang percuma tamat, Ismail Sabri berkata ia akan diputuskan selepas tempoh sebulan berakhir.

Mengenai status MRT Laluan Putrajaya Fasa Dua, Ismail Sabri berkata pembinaannya kini pada tahap 98.3 peratus dan dijangka boleh dilancarkan pada Januari atau Februari tahun depan. MRT Laluan Fasa Satu melibatkan perjalanan dari Kwasa Damansara hingga Kampung Batu.

Laluan Fasa Dua akan melalui kawasan strategik termasuk Pusat Bandar Kuala Lumpur dengan stesen bawah tanah seperti Titiwangsa, Hospital Kuala Lumpur, Ampang Park, Persiaran KLCC dan Tun Razak Exchange (TRX).

Sumber : Bernama

Previous Post

SUV Terbaharu Ssangyong Selepas Korando Dan Rexton

Next Post

Dijangka Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Hujung 2022

Next Post

Dijangka Tiba Di Pasaran Malaysia Pada Hujung 2022

CAPAIAN

  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved