Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Kempen Raya-Raya Volkswagen

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2021-05-07
in BULETIN, UTAMA
0

Volkswagen Passenger Cars Malaysia (VPCM) telah melancarkan Kempen Raya-Raya sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri. Sambutan tersebut turut dimeriahkan dengan penambahbaikan pada Tiguan Allspace Highline, Kempen Raya Selepas Jualan dan Volkswagen Insurance Plan (VIP).

Kempen Raya-Raya
Bermula sekarang hingga 31 Mei, pelanggan Volkswagen akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 ke atas model-model terpilih. Passat Elegance hadir bersama insurans percuma selama 1 tahun. Manakala Passat R-Line ditawarkan dengan petrol percuma selama setahun. Kedua-dua varian Passat itu ditawarkan dengan penjimatan tambahan dalam talian sebanyak RM3,500 apabila pelanggan membuat tempahan menerusi Volkswagen eShowroom.

Tiguan Allspace Highline
Tiguan Allspace Highline 2021 kini ditawarkan dengan rim aloi Nizza bersaiz 18”, soket pengecasan USB-C, kemas kini radio bersama kawalan suara serta lampu belakang LED baharu dengan efek 3D.

Allspace Highline menggunakan gabungan rangkaian kuasa enjin turbo pancitan terus bahan api 1.4TSI dengan kotak gear klac basah direct shift 6-kelajuan (DSG) untuk memberi kuasa mengagumkan iaitu 150PS dan tork 250Nm. SUV itu juga menawarkan penjimatan bahan api sekitar 7.3l/100km.

Pelanggan Tiguan Allspace Highline juga akan menikmati rebat duit raya sebanyak RM1,000 dan penjimatan dalam talian berjumlah RM3,500.

Tiguan Allspace R-Line
Tiguan Allspace R-Line 2021 didatangkan dengan port data dan pengecasan USB-C serta naik taraf radio yang kini hadir bersama ciri ketersambungan App-Connect tanpa wayar untuk Apple CarPlay serta Android Auto.

Kempen Raya Selepas Jualan
Kempen Raya Selepas Jualan berlangsung sehingga 13 Jun. Sebagai sebahagian daripada sambutan Hari Raya, pemilik Volkswagen yang menghantar kenderaan mereka untuk diservis akan menikmati potongan sebanyak 20% untuk minyak enjin tulen Volkswagen. Mereka yang berbelanja minimum RM1,200 akan menerima kit penjagaan kereta secara percuma* ia merangkumi penggilap wax, syampu wax, penggilap cermin, penjagaan plastik dan kulit di dalam botol 50ml. Pemilik juga akan menerima paket Raya Volkswagen secara percuma.

Penambahan baharu ke dalam kempen Selepas Jualan Raya ialah promosi bilah pengelap cermin. Pemilik akan menerima diskaun sebanyak 20% ke atas semua bilah pengelap cermin bermula sekarang hingga 30 Jun dan ia boleh didapati di semua pusat servis di seluruh negara.

Rakan Insuran VIP yang Baru
VPCM berbesar hati untuk mengumumkan rakan insurans baharu di bawah Volkswagen Insurance Plan (VIP) iaitu AXA Affin General Insurance Berhad. Affin menyertai rakan insurans sedia ada VIP seperti Allianz General Insurance Berhad, Etiqa General Takaful Berhad dan Zurich Takaful General Insurance Berhad.

Sebagai pemegang polisi VIP, antara manfaat yang bakal diterima termasuklah keutamaan untuk kelulusan tuntutan dan bantuan tepi jalan dengan tundaan kecemasan 24 jam. Tidak terkecuali, jaminan kerja-kerja pembaikan hanya dilakukan di pusat badan dan cat Volkswagen yang sah, serta mematuhi standard baik pulih Volkswagen yang menggunakan alat ganti tulen sahaja.

Bukan itu sahaja, ia juga tiada yuran lebihan, kos penambahbaikan dan nilai diinsuranskan mengikut persetujuan untuk kenderaan yang berusia sehingga 10 tahun. Semua ini terpakai pada semua model Volkswagen tanpa mengira usia kereta tersebut.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Previous Post

My Ami Cargo, Kereta Elektrik Comel Dari Citroen.

Next Post

1,872 Unit Kenderaan Terjual, Mitsubishi Motors Catat Sejarah Jualan Tertinggi Pada April 2021

Next Post

1,872 Unit Kenderaan Terjual, Mitsubishi Motors Catat Sejarah Jualan Tertinggi Pada April 2021

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved