Kar Hifi
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Kar Hifi
No Result
View All Result

Dominate the Nations

Karhifi Writer by Karhifi Writer
2020-07-20
in BULETIN, SHOW OFF
0

Dominate the Nations

Kerana suka, kita sanggup buat apa saja dan ketepikan keutamaan lain. Suka adalah berkaitan dengan nafsu dan selalunya bila berkaitan nafsu-nafsi, ia melibatkan duit. Orang boleh berhabisan berpuluh ribu dengan hobi membeli peralatan kamera. Dek kerana minat juga, setiap model gajet terbaru di pasaran harus atau wajib dimiliki sebagai koleksi. Bukankah itu satu kerja gila. Malah, ada yang sanggup merentas benua nak kumpul duit siling eksotik dan mungkin ada yang jual tanah kerana nak beli kereta mewah? Siapa nak menjawab kalau sudah tahap obses sebegitu?

Kereta mewah dianggap lengkap dengan serba serbi tapi, jika semua kereta telah lengkap dari kilang, tidaklah wujud aksesori untuk mereka. Justeru, nama seperti Novitec Rosso, Kahn, Gemballa tidak akan wujud. Ironik di sebalik kereta mewah ini adalah keperluan kepada pelanggan yang mahukan sesuatu yang lain dan berbeza dan juga lebih berkualiti dari apa yang ditawarkan dari barisan pengeluaran kilang. Hatta untuk Porsche dan Ferrari sekalipun.

Toyota Harrier bukanlah SUV semewah Porsche Cayenne, tapi ia sebuah SUV yang boleh dianggap premium dalam kategorinya. Kalau tidak, takkanlah harganya sama dengan sebuah kondominium. Jadi yang membelinya mestilah dari jenis yang betul-betul mampu. Bila dah mampu tentu sahaja ada kemampuan tambahan untuk menambahbaik bila perlu. Keperluan inilah yang kita sebut nafsu tadi.

Sistem audio untuk kereta ini tidaklah teruk sangat bila meninggalkan kilang Toyota di Jepun. Tapi peningkatan kepada kualiti yang lebih baik menjadi sasaran bagi ramai pihak yang cuba menterjemahkan minat mereka dalam sistem audio. Sepertimana paparan kami sebelum ini, Harrier hitam ini juga telah menerima peningkatan menyeluruh terhadap sistem audionya.

Bermula dengan pemain Alpine 117, bekas juara pusingan kedua pertandingan audio EMMA bagi kelas Master 7 Channel Sound Only ini telah menerima penambahan besar menerusi peralatan Dominations. Oh ya, bercakap tentang Dominations, salah satu jenama yang sememangnya mempunyai kualiti tersendiri. Berbalik kepada pemain tadi, ia dipasangkan dalam bekas khas yang dibina pada perumah tengah untuk mengelakkan sebarang perubahan pada konsol audio asal. Dari sini, ia disambungkan dengan pemproses Alpine H800 yang bertanggungjawab menjadi penala tunggal pada keseluruhan sistem.

Pemilihan peralatan seterusnya melibatkan 3 unit amplifier bagi menyokong sistem bunyi 3 hala yang dicadangkan. Set pertama ialah amplifier Dominations RS4300 berkuasa 50watt RMS untuk setiap 4 salurannya. Penggunaan saluran ini dihubungkan kepada 2 unit tweeter Dominations RS62 dan juga 2 unit mid range Dominations D53Neo. Ia bukanlah sekadar pemasangan biasa yang dibuat di kedai cap ayam. Perumah yang digunakan untuk menyimpan speaker ini sangat kemas sehinggakan saya ingat ia buatan kilang. Kedua-dua pemegang pillar A ini ditebat secukupnya bagi mendapatkan komposisi bunyi yang tepat dan berupaya menghasilkan kejelasan bunyi yang dinamik.

Melengkapi sistem bunyi tiga hala tersebut ialah 2 unit mid bass Dominations RS62 6” yang dilekapkan pada panel pintu asal Harrier ini. Biarpun tahap NVH asal Harrier boleh dipuji, penebatan tambahan ternyata tidak dapat dielakkan. Demi mendapatkan kejituan bunyi sebenar, perumah bagi panel speaker ini telah dibuat semula hampir 90% dari kedudukan asal. Kemudiannya ia disambungkan dengan seunit amplifier berkeupayaan tinggi dari model RS4300 yang sama.

Proses menyempurnakan sistem bunyi kereta ini diteruskan dengan pemasangan seunit woofer 12” Dominations 12ZB. Dipasangkan di atas lantai but belakang, penghalaan kon ke atas memberikan kekedapan bunyi yang positif. Sudah tentu ia perlukan amplifer yang cukup berkuasa dan stabil dan amplifier Dominations monoblock RS5000D adalah jawapannya. Amplifier kelas D berkuasa 500watt saluran tunggal ini dipasangkan bersama dengan 2 unit amplifier 4300 tadi di atas lantai belakang. Dengan sedikit sentuhan kreatif dari bahan arkilik dan penggunan lampu LED, ruang but belakang SUV ini kelihatan cukup sempurna sekali.

Berbalik kepada isu nafsu tadi, semuanya perlukan akal waras supaya nafsu tidak memintas akal yang waras. Natijah akhir daripada kesedaran nafsu boleh jadi negatif kalau tidak dikawal dengan fikiran rasional. Jangan sampai berhutang sana-sini sebab nak nampak hebat dan jadi juara. Biar belanja dengan kemampuan sendiri dan yang penting sendiri gembira!

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 38

Previous Post

Ruang Pameran Baharu SMI Cars, Tawar Potongan Harga Sehingga 50%

Next Post

SUV Terkecil Di Dunia, Nissan Magnite Concept

Next Post

SUV Terkecil Di Dunia, Nissan Magnite Concept

CAPAIAN

  • February 2026
  • December 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© karhifi.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved