Setelah seharian berhempas pulas menyiapkan segala tugasan di tempat kerja, ramai di antara kita mendambakan perjalanan pulang yang tenang dan mendamaikan sebelum tiba ke rumah. Namun begitu, kesesakan lalu lintas dan sikap sesetengah para pengguna jalan raya membuatkan perjalanan pulang yang singkat pun dirasakan panjang dan memenatkan. Lebih-lebih lagi sekiranya anda memandu di jalan-jalan utama sekitar pusat bandar.
Bagi mengelak rasa bosan, penat dan tertekan, kebanyakan para pemandu lebih memasangkan sistem audio dan hiburan visual menjadi peneman di sepanjang perjalanan. Percayakah anda, bahawa hiburan semata-mata tidak menjamin perjalanan yang selesa dan menenangkan? Persekitaran yang sihat, udara yang segar dan menyamankan sangat membantu melancarkan perjalanan.
Bagi makluman anda, selama tiga tahun masa diambil dalam usaha mencari pembekal bahan mentah yang bersesuaian dan akhirnya pihak pewangi Vanzo bekerjasama dengan kilang bahan mentah paling berwibawa dalam industri ini dari Jepun iaitu Ogawa dan Taiyo. Selain mencipta produk pewangi dengan aroma yang harum serta berkualiti tinggi, tanpa toksik dan mesra alam, pewangi Vanzo turut mengekalkan “sifar risiko kesihatan” ini juga 100% bebas formaldehyde, bebas toluena dan benzena.
Pewangi Vanzo ini didatangkan dalam rekaan high-class dengan dua pilihan; emas hitam (656 Secret Musk dan 1616 Secret Musk) dan emas putih (657 Velvet Musk dan 1717 Velvet Musk). Selain itu, pewangi Vanzo ini turut mempunyai ciri-ciri keistimewaan tersendiri seperti anti-kebocoran, menggunakan tekstur gel premium dengan teknologi terkini dari Jepun yang tidak melekit pada kulit, kelip dari TPE tahan lama, sesuai untuk semua jenis penghawa dingin dan paling penting tanpa alkohol. Selain itu, Vanzo telah dipilih oleh Syarikat pengangkutan Grab sebagai pewangi rasmi diantara 5 produk utama.
Pewangi Vanzo ini turut dianugerahkan Super Health Brand dan penerima Anugerah 100 Usahawan Muda Paling Berpengaruh (100 MIYE) kepada CEO Vanzo Asia Sdn. Bhd., En Eddie Ng Yee Heng yang sekali gus mengiktiraf sumbangan beliau kepada pencapaian luar biasa dan kejayaan dalam perniagaan. Majlis ini turut dihadiri Menteri Pembangunan Usahawan, YB Mohd. Redzuan Md. Yusof. Antara penerima lain bagi 100MIYE tahun ini termasuklah Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar, Fattah Amin, Joel Neoh dan Shila Amzah.
Vanzo Asia Sdn Bhd
Blk J G 9, Jalan PJU 1a/1,
Taipan Damansara 2 Ara Damansara,
47301 Petaling Jaya, Selangor.
No Tel : 03-76218597
www.shop.vanzoasia.com
Senarai wakil-wakil pengedar Vanzo di seluruh Malaysia;
- A.K Lee Trading Sdn Bhd
- Champion A&A (M) Sdn Bhd
- Depel Enterprise
- Halifox (M) Sdn Bhd
- Hawk Power Marketing Sdn Bhd
- Love Car LED (M) Sdn Bhd
- New Dragon Auto Accessories Services Centre