Sebagaimana tahun-tahun sebelumnya, penganjuran Karnival Auto City Juru pada tahun ini turut disertai oleh Ultra Racing. Diadakan selama 3 hari bermula dari 5 Julai sehingga 7 Julai yang lalu, penyertaan Ultra Racing sebagai salah satu pempamer sekali gus memeriahkan lagi penganjuran karnival ini.
Peluang digunakan sebaiknya oleh jenama bertaraf antarabangsa ini untuk mempromosikan dan berinteraksi dengan para pengunjung, selain memperkenalkan dan menerangkan fungsi setiap produk keluarannya.