Tips Mudah Pemasangan Mikrofon Bluetooth Dalam Kereta

Sekiranya pemain utama baharu yang anda beli mengandungi mikrofon bluetooth, perkara yang perlu dilakukan adalah menyambung dan meletakkan ia sebahagian dari proses pemasangan stereo. Ya, lebih banyak kerja perlu dibuat tetapi sebenarnya ia sangat mudah. Berikut, beberapa tips yang boleh anda ikut.

Pilih Lokasi Untuk Memasang Mikrofon
Terpulang kepada anda – sama ada di bahagian dashboard searas dengan stereng atau pun pillar A. Semuanya bergantung kepada keselesaan dan hasil yang terbaik untuk anda. Di mana juga lokasi yang dipilih, sasarkan muncung mikrofon ke arah muka dan di mana suara anda boleh didengari.

Sediakan Laluan Kabel Mikrofon Di Bahagian Belakang Stereo
Sebenarnya mudah untuk menyembunyikan kabel mikrofon kerana saiznya yang halus. Tak kiralah sama ada anda mahu memasangnya di bahagian atas visor atau pun di bahagian steering. Jika anda memasangnya di visor atau pillar a, anda perlu memasukkan kabel di bahagian belakang panel. Ini mungkin mudah tetapi anda memerlukan peralatan untuk melonggarkan bahagian panel.

Cermat Semasa Memasang Kabel
Walau bagaimana caranya, kabel tetap akan serabut di bahagian belakang steering. Pernah dengar Pro Fit Wire Worm? Ia boleh membantu anda. Kalau tidak pun, pastikan anda elak beberapa perkara penting seperti kolum stereng dan beberapa bahagian bergerak yang lain ketika sedang melakukan pemasangan. Anda juga boleh menggunakan dawai pengikat atau tali tunggal wayar plastik untuk mengikat wayar dan kabel yang berserabut. Dalam masa yang sama memastikan keselamatan agar tidak berlaku litar pintar.

Sumber : Crutchfield