Kedai Autolife Aksesori yang dimiliki oleh Seow Xi Sdn. Bhd telah menganjurkan satu acara permotoran yang berlangsung pada 23 Disember lalu. Dianjurkan dengan kerjasama KW Motorsport Autoshow, KW Autolife Autoshow Gathering 2018 ini mendapat sambutan cukup hangat khususnya dari para pencinta yang datang dari kawasan berhampiran terutamanya kelab-kelab permotoran yang sudi hadir meluangkan masa di hujung minggu.
Bagi menyemarakkan lagi penganjuran ini, pihak penganjur berjaya mendapat sokongan dan tajaan dari pelbagai jenama terkenal dunia permotoran tanah air termasuk NT Power Audio, Koyoko Battery, Kenda Tire, Rexxo Oil dan Kim Wah Trading. Pelbagai aktiviti telah disediakan dan sebanyak 9 kategori turut dipertandingkan serta mendapat lebih dari 50 penyertaan kereta autoshow.
Bermula dari pukul 10.00 pagi dan berakhir sekitar pukul 6.00 petang, antara aktiviti yang sempat diadakan adalah seperti Autoshow Kereta, Gathering kelab-kelab Kereta, Demo Audio kereta, Sukaneka Kelab, Cabutan Bertuah dan juga jualan promosi Autolife. Selain itu, tapak acara dimeriahkan lagi dengan Demo Audio dari Pang Audio Melaka. Setiap peserta yang menyertai kategori autoshow telah diberikan 1 kad sim Onexox secara bernilai RM10.00, manakala setiap penyertaan kelab pula menerima sebanyak 5 kad sim Onexox secara percuma bernilai RM10.00.