Myvi berwarna serba hitam dengan kelengkapan audio dari Silver Hawk ini baru sahaja setahun berjinak-jinak ketika kisahnya disiarkan bertahun-tahun dahulu. Walaupun baru setahun, Angah atau nama sebenarnya Mohammad Ruzaimi berjaya mengisi ruang kereta dengan sistem audio. Jenama yang dipilih pun bukan calang-calang. Pastinya beliau sudah bertanya terlebih dahulu dan merujuk kepada mereka yang pakar khususnya En. Alkaf yang juga merupakan pakcik saudara Angah.
Setelah lebih sedekad, pastinya Angah sendiri sudah mahir dan tahu selok-belok pemasangan audio. Sebagai seorang yang masih baru, Myvi ini sudah pun cukup bagus. Atau, mungkin giliran Angah pula dijadikan sebagai rujukan generasi terkemudian untuk membina audio dalam kereta masing-masing.
Nama
Mohammad Ruzaimi Khairi B. Rusam (Angah)
Kereta Pertama
Perodua Myvi
Kereta Impian
Toyota Fairlady
Kereta
Perodua Myvi
Head Unit
Kenwood KDC-MP243
Amplifier
– 3 unit amplifier Cerwin Wega
– 1 unit amplifier Concept
– 1 unit amplifier U.S. Thunder
Speaker
– 4 unit mid bass 8” Silver Hawk
– 4 unit 8” BM
– 8 unit tweeter
Woofer
– 2 unit woofer 12” Silver Hawk
Setting
SPL
Kenangan Pahit
– Tiada –
Kenangan Manis
Kereta Siap Awal (Audio)
Lokasi Impian
Jepun
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Minat dari kecil
Pendorong
Pakcik (Alkaf b Mohamad)
Kelab
D’ Audio Skill