Berpangkalan di Bangkok, Thailand, Suanphak Car Club telah masuk ke Malaysia sejak tahun 2015 lagi. Berpegang kepada idea dan falsafah untuk meluaskan jaringan persahabatan menerusi pelbagai jenis kereta, kelab ini dianggarkan sudah pun mempunyai seramai 3500 ahli dari seluruh Malaysia. Bagi mengukuhkan persahabatan dan ukhwah di antara ahli-ahlinya, Suanphak mengadakan perjumpaan pada setiap bulan.
Selain mengeratkan lagi tali persaudaraan, perjumpaan ini juga dapat membina semangat setia kawan dengan penganjuran pelbagai aktiviti. Bukan itu sahaja, kehadiran para pengunjung yang berminat untuk menyertai kelab ini juga dialu-alukan dan mendaftar sebagai ahli baru. Suanphak dikenali sebagai kelab bertaraf antarabangsa kerana melibatkan dua pentadbiran yang berada di Thailand dan juga Malaysia.
Pelbagai aktiviti turut disediakan termasuk cabutan bertuah dan barbeku. Tidak cukup dengan itu, pihak penganjur turut menjemput kereta-kereta audio untuk menghangatkan lagi program. Program menutupkan tirai dengan majlis penyampaian hadiah untuk cabutan bertuah serta cenderamata kepada para peserta yang hadir. Sesiapa yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang kelab ini hantarkan emel ke suanphakcarclub@gmail.com.
Disediakan : Pak Art