Perjalanan jauh bersama keluarga sama ada menuju ke kampung tercinta atau bercuti ke destinasi menarik membuatkan anda tidak sabar dan teruja sepanjang perjalanan terutamanya anak-anak. Kegembiraan itu tidak bertahan lama dan anak-anak pula akan mula bertanya, sama ada jauh lagi atau lama lagi untuk sampai destinasi dan membuatkan anda rasa tertekan. Ditambah pula dengan keadaan trafik yang sesak, boleh buntu dibuatnya.
Bagi mengatasi masalah ini, Blaupunkt yang terkenal sebagai jenama yang menyediakan produk-produk hiburan selain barang-barang elektronik serta keperluan dalam kereta yang lain mengeluarkan satu lagi produk yang sesuai untuk anda. Monitor dalam kereta Blaupunkt, Rome 910 RM.
Monitor Rome 910 RM ini adalah produk terbaik untuk melengkapi sistem hiburan dalam kereta anda. Didatangkan dengan pelbagai ciri menarik, anak-anak anda meluangkan masa berhibur dengan menonton monitor Rome 910RM tanpa henti sepanjang perjalanan. Secara tidak langsung, membantu anda memandu dengan selamat dan tenang tanpa sebarang gangguan.
Monitor Blaupunkt Rome 910 RM ini merupakan rekaan kejuruteraan Jerman yang menyediakan hiburan dengan lebih baik lagi menerusi panel pemapar kompak seluas 10.1”. Bagi tujuan keselamatan, Blaupunkt Rome 910 RM dilengkapi dengan pemapar panel yang boleh dilipatkan sehingga 180°sekali gus melindungi khususnya kanak-kanak di tempat duduk belakang.
Bukan itu sahaja, panel pemapar skrin Blaupunkt Rome 910 RM turut disaluti dengan anti-silau untuk mengelak kerosakan mata pemandu dan mengurangkan pemantulan atas skrin. Di samping itu, monitor Blaupunkt Rome 910 RM ini juga mempunyai ciri-ciri IPS Screen Superior Color Accuracy (Skrin IPS dengan Ketepatan Warna Cemerlang) yang membolehkan anda menonton monitor dengan kualiti yang sama walaupun dari mana-mana sudut. Tidak lupa juga, Blaupunkt Rome 910 RM ini turut mempunyai panel tetap dengan lampu LED berwarna putih.
Monitor Blaupunkt Rome 910 RM
Spesifikasi
– Panel tetap skrin IPS 10.1” dengan lampu LED
– Penyalut skrin anti-silau binaan-dalam
– Resolusi : 1024 x 600 (WSVGA)
– Sudut lipat boleh-laras : 0 hingga 180° (untuk tujuan keselamatan)
– Sudut pandang : kiri 70°, kanan 70°, atas 50° dan bawah 70°
– Voltan : 12DC/1A (Monitor), 12V DC/0.3A (lampu)
– Penggunaan Kuasa : lebih kurang 15w
– Input : AV1/AV2
– Dimensi : 316mm (P) x 241mm (L) x 33mm (T)
– Berat : 1.7kg
Aksesori
Alat kawalan jauh
Wayar kuasa
Palam getah
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp :+60 17-294 3338
Emel :blaupunkt.malaysia@blapac.com
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web :https://www.blaupunkt.com/ase/
Web :https://www.amicimalaysia.com/
Facebook :https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/