Selalu Sedia, Dulu, Kini dan Selamanya?

Tidak perlu pelik atau berkerut dahi melihat kereta Iswara ini. Kenapa masih ada kereta dengan setup bulu-bulu di tahun 2021 ini? Sebenarnya, setup ini bukanlah sesuai untuk zaman sekarang. Begitu juga dengan keadaan kereta ini yang bukan diambil baru-baru ini tetapi lebih sepuluh tahun yang lalu.

Ketika dirakam, pemiliknya masih lagi baru dan menjadikan majalah Kar HiFi sebagai rujukan. Begitulah kebanyakan para pembaca yang telah mengikut kami sejak dulu lagi. Lebih membuat kami terharu, beliau mula serius dalam bidang audio kereta ini pun kerana membaca majalah Kar HiFi. Jadi, kalau ada sesiapa yang nak berkongsi kisah dulu-dulu bolehlah hantar kepada kami. Kar HiFi selalu bersedia untuk berkongsikan kisah dan minat anda dalam dunia audio kepada para peminat audio yang lain. Sedia?

Nama
Mohd Amin Bin Azmi
Kereta Pertama
Iswara Aeroback SE
Kereta Impian
BMW
Kereta
Iswara


Head Unit
Pemain VCD Sony CDX-V4800
Equalizer
Pre-amp Adams Digital AMP6X0
Pre-amp Stellar SD-5.1PQ
Amplifier
– 1 unit amplifier 4 channel Adams Digital ADS200.4
– 1 unit amplifier monoblock Mohawk Silver 1500.1D
Speaker
– 4 unit mid bass 6 ½” Adams Digital AD-666P
– 2 unit horn tweeter Adams Digital
Woofer
– 2 unit woofer 12” Adams Digital ADW-6512C
Setting
SPL
Kos Modifikasi
Bawah RM7,000


Kenangan Pahit

Kenangan Manis
Menang pertandingan Audioshow
Lokasi Impian
Cherating
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Lihat majalah Kar HiFi dan majalah audio kereta
Pendorong
Rakan-rakan
Kelab
Shi Ji Audio Club (Seri Manjung)
Pusat Pemasangan
Pusat Aksesori dan Penghawa Dingin Shi Ji No.10, PSN, Seri Manjung, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak Darul Ridzuan. No Tel : 05-688 5982 / 016-555 3961