Sebelum bulan Syawal berlalu, Elegance Audio dan Cool Shield telah menganjurkan majlis Rumah Terbuka Hari Raya bagi meraikan para pelanggan serta rakan-rakan perniagaan khususnya yang beragama Islam. Bertempat di premis perniagaannya yang terletak di Kelana Jaya, majlis rumah terbuka yang diadakan pada 3 Julai ini mendapat sambutan hebat dan berlangsung dengan cukup meriah.
Lebih istimewa lagi, majlis rumah terbuka ini turut dihadiri Yang Berhormat Halimey Abu Bakar, ADUN Seri Setia yang sudi meluangkan masa dan memeriahkan lagi suasana. Para tetamu telah dijamu dengan hidangan makanan yang enak serta menyelerakan dari Rumah Makan Cibiuk Kota Warisan Sepang.
Para pengunjung yang hadir berpeluang memantau produk-produk terbaru yang ditawarkan Elegance Audio dan Cool Shield selain menyaksikan kualiti perkhidmatan yang disediakan di sini.