Proton Vs Perodua Day 2.0 di Litar Gong Badak


Kejayaan dan sambutan luar biasa penganjuran Proton Vs Perodua Day kali pertama yang diadakan pada September lalu telah mendorong pihak penganjur untuk kembali menganjurkan program ini buat kali yang kedua. Jika penganjuran kali pertama diadakan di Amanjaya Mall di Sungai Petani, kali ini Proton Vs Perodua Day 2.0 berlangsung di Litar Gong Badak yang terletak di negeri Terengganu.

Diadakan para 30 November lalu, program ini dianjurkan oleh Budak Kereta Geng Kita Event Management dan Geng Kelab Kereta Utara dengan kerjasama KL Audio, Kings Lubricants dan Kar HiFi selaku media rasmi. Penganjuran kali ini menyaksikan kemenangan besar oleh WMCM yang muncul sebagai juara untuk Best Of The Best Gathering Pantai Timur 2019 dan Kelab Proton Teramai. Manakala untuk Kelab Perodua Teramai pula menjadi milik Myvi Generation 3 (MG3).

Pelbagai aktiviti yang disediakan dan disusun atur pihak penganjur yang bukan sahaja melibatkan dunia permotoran, malah melibatkan golongan kanak-kanak. Dimulakan seawal pukul 8.00 pagi, program ini berakhir sekitar pukul 7.00 malam. Antara aktiviti yang disediakan pihak penganjur termasuk pertandingan mewarna untuk golongan kanak-kanak, Autoshow, Audioshow, Limbo Stance, Karaoke, Splitfire, Sukaneka, Cabutan Bertuah dan macam-macam lagi.

Tahniah diucapkan kepada barisan penganjur dan juga para penaja khususnya untuk hadiah-hadiah Cabutan Bertuah yang terdiri dari Kings Lubricants, KW, G herbss4u, Touch Oil, Nt Power, Soki Ekzos dan SRB. Setinggi-tinggi penghargaan juga diucapkan kepada kelab-kelab yang terlibat seperti;

– TNCT (Terengganu Neo Club Team)
– KSM (KCar Sporting Malaysia)
– CVTM (Club Viva Trendy Malaysia)
– ViVAC (Kelab Perodua Viva Malaysia)
– PSPT (Pro-Saga Pantai Timur)
– PSIWC (Proton Saga Iswara Wira Club)
– FamousGanu (Family of ukSpec Ganu)
– KSIM (Kelab Saga Iswara Malaysia)
– GFWM (Galaxy Wira Family Motorsport)
– MAXOC (MyAxia Owner’s Club)
– Speed No Limit
– Osi (Owner Saga Iswara)
– X-Treme (X-Treme BLM/FL Club)
– Geng Myvi Ganu Community
– Waja Owners My Community
– PROSIFT
– SIC (Saga Iswara Club)
– SIMC (Saga Iswara Malaysia CLUC)
– Geng Viva Kuantan
– Geng Myvi Kelantan (GMK)
– Geng Alza Biru Terengganu
– VCC (Viva Celoreng Community)
– SWC (Sahabat Wira Community)
– WMCM (Wira Malaysia Club Motorsport)
– Concept MDM JDM
– MG3C (Pantai Timur)
– CWM (Club Wira Malaysia)
– MAOC