Bakal tiba dan dibuka untuk tempahan pada bulan ini, Palisade 2022 menjadi SUV bersaiz penuh pertama dari Hyundai yang dilancarkan di pasaran Malaysia. Didatangkan dengan casis SUV serba baharu, barisan kedua dan ketiga Palisade ini cukup luas dengan kawasan kargo yang fleksibel. Palisade merupakan SUV 7 dan 8 tempat duduk yang dibina sepenuhnya dari Ulsan, Korea.
“Hyundai Palisade menjadi pesaing baharu dalam SUV E-segment dengan teknologi cutting-edge, dilengkapi ciri-ciri keselamatan terkini termasuk SmartSense Hyundai, rekaan yang elegan dan ruang yang cukup luas. Ia merupakan SUV paling luas dengan wheelbase yang panjang. Secara praktikal, ia boleh digunakan untuk pelbagai tujuan samada jalan lasak, perjalanan jauh dan juga sebagai kegunaan harian,” kata Pengarah Urusan Hyundai-Sime Darby Motors (HSDM), Low Yuan Lung.
Palisade merupakan generasi SUV baharu dengan konsep rekaan Sensous Sportiness Hyundai, yang menggabungkan elemen rekaan fundamental, kejuruteraan, gaya dan juga teknologi untuk mendapatkan sinergi di antara prestasi dan estetik. Di bahagian hadapan, gril yang tebal, luas dan dominan, menggambarkan ciri-ciri premium SUV. Komposit lampu utama dan lighting signature yang terpisah menimbulkan ciri-ciri yang kukuh dengan lampu depan LED, LED daytime dan lampu isyarat cermin sisi LED.
Profil hud yang dipanjangkan tampil mempersonakan manakala C-pillar dan grafik panaromik sisi di barisan ketiga nampak lebih luas. Manakala untuk rekaan interior adalah gabungan keselesaan dan ketenangan. Tempat duduknya dibalut dengan kulit Nappa, manakala panel instrumen dengan wood grain agar tampil lebih luas dan memberikan ambiens yang selesa.
Barisan tempat duduk kedua dengan One-Touch membolehkan fungsi satu sentuhan yang mudah untuk keluar dan masuk tempat duduk di barisan ketiga. Kerusi kapten untuk barisan kedua yang ditawarkan untuk versi 7 tempat duduk, menawarkan permukaan pengaliran udara. Setiap barisan tempat duduk disediakan dengan slot USB untuk kemudahan para penumpang.
Palisade juga menampilkan ciri pertama dalam industri, rekaan inovatif atap baharu dengan bolong penyebaran udara yang menumpukan pengaliran udara penuh di bahagian tempat duduk penumpan di belakang. Ia lebih senyap serta pengaliran udaranya lebih bagus dan menumpukan terhadap udara bila-bila diperlukan.
Varian petrol dikuasakan oleh V6 3.8 liter, dual CVVT, direct -injected engine untuk kecekapan dan kuasa yang cemerlang, menghasilkan 295 PS kuasa pada 6,000 rpm dan tork 355Nm pada 5,200 rpm. Manakala varian diesel pula dikuasakan R2.2 CRDi inline 4 engine yang menghasilkan 200 PS kuasa pada 3,800 rpm dan 440Nm tork pada 1,750-2,750 rpm. Mengalirkan udara ke setiap roda dengan transmisi automatik 8-kelajuan dengan multi-plate torque converter yang menawarkan konfigurasi dua-roda dan HTRAC® pacuan-4-roda.
Sekiranya berminat untuk membuat tempahan, anda boleh hadir di setiap bilik pameran Hyundai atau secara atas talian menerusi platform Cl!ck untuk membeli (www.hyundai.com.my/clicktobuy/)
Untuk maklumat lanjut, hubungi Customer Careline; 1-300-13-2000 atau layari laman web: www.hyundai.com.my atau Facebook rasmi www.facebook.com/hyundaimalaysia.