Pelancaran JBL®, Kembali Merancakkan Industri Audio Di Malaysia

Sejak lebih 70 tahun, jenama audio JBL® tidak pernah gagal memberi sumbangan terhadap evolusi audio samada bidang profesional, audio di rumah, automotif, aplikasi multimedia dan juga teknologi ketersambungan lain. Pada Mac lalu, JBL telah memperkenalkan semula produk audio bagi memenuhi gaya hidup terkini secara maya buat pertama kalinya di Malaysia.

JBL®, jenama audio gaya hidup di bawah Harman International (Harman.com), anak syarikat dimiliki penuh oleh Samsung Electronics Co, LTD., dikenali sebagai pengeluar kelengkapan audio dengan bunyi cemerlang dan memberikan pengalaman audio yang menakjubkan kepada para pelanggan dan juga pasaran profesional. Hari ini, speaker JBL digunakan hampir separuh warga dunia terutamanya di panggung wayang, stadium sukan, acara-acara muzik dan lebih 100 juta dijual seluruh dunia. Tidak keterlaluan dikatakan JBL mengungguli audio mudah alih dan juga jenama fon kepala yang berkembang dengan pesat di dunia.

Acara yang diadakan secara maya ini turut dihadiri oleh cik Grace Koh, Timbalan Presiden dan Pengurus Am, Lifestyle Audio Division of Asia Pacific di Harman International, En. Henry Yap, Pengarah Urusan Global Best United (M) Sdn Bhd, juga pengedar rasmi JBL® di Malaysia; dan Tuan Mitchell Wong, Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk pasaran Malaysia, Lifestyle Audio Division of Asia Pacific di Harman International.

Lebih 30 produk baharu audio gaya hidup JBL® dari pelbagai kategori fon kepala, speaker Bluetooth, siri Party Box, siri JBL® Quantum Gaming, bar bunyi fon telinga tanpa wayar turut diperkenalkan pada majlis pelancaran sekaligus mengujakan pada pengguna di Malaysia.

JBL® melangkaui sempadan dalam menawarkan pengalaman audio premium untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna. Salah satu kelebihan produk jenama JBL® adalah meluaskan kemampuan muzik agar dapat dinikmati oleh pengguna, lebih menghiburkan dan dalam masa yang sama, menjiwai muzik itu sendiri. Bukan itu sahaja, perkembangan dan permintaan terhadap audiophile serta permainan secara maya di pasaran Malaysia membuatkan JBL® dengan produk keluaran mereka.

Selain melancarkan barisan produk baharu, JBL® Malaysia juga mengumumkan rakan kongsi baharu dengan jenama tempatan iaitu Tropicana Corporation Berhad, Babel dan Mustang Dance Academy untuk kempen terbaharu diberi nama sebagai #JBLPeople yang menyasarkan untuk membangunkan komuniti JBL® di Malaysia sekaligus melebarkan golongan pengguna yang berpeluang menikmati produk keluaran JBL® menerusi program yang bakal diadakan. JBL turut mengumumkan kerjasama dengan ESL untuk ESL Mobile Open: League of Legends: Wild Rift SEA Icon Series Malaysia Summer Season 2021.

Bagi makluman, kesemua produk JBL® boleh didapati di Lazada, Shopee dan banyak lagi.