Bertemakan “Mobility for All”, Malaysia Autoshow 2019 anjuran Institut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), dilancarkan secara rasmi hari ini sekaligus menandakan permulaan pameran kenderaan tahunan terbesar di ASEAN.
Lebih daripada 32 OEM dan 170 pempamer dari 7 negara akan mengambil bahagian dalam pameran tahun ini. Dewan A terus membawa pameran kenderaan, terdiri daripada lebih 100 model kereta termasuk Kenderaan Cekap Tenaga (EEV). Pengunjung juga akan ditawarkan pakej istimewa dan diskaun eksklusif, serta pakej pembiayaan khas melalui rakan banknya di acara tersebut.
Amati ekosistem industri automotif di “MARii Mobility Hall”
Pengunjung Malaysia Autoshow pada tahun ini berpeluang melalui suatu perjalanan yang mendalam, merangkumi keseluruhan rantaian nilai industry automotive di “MARii Mobility Narrative”.
“MARii Mobility Narrative” diteruskan dengan pameran pelbagai teknologi dalam sektor pembuatan, lepas jualan dan mobiliti, dan berakhir dengan suatu gambaran visi masa depan ekosistem mobiliti Malaysia.
Alami teknologi robotik secara dekat, dibawa khas oleh Kinabalu Coders
Buat pertama kalinya, Malaysia Autoshow membawa pelbagai aktiviti berkaitan Robotik menerusi “Robot Combat Competition” dan “Maker’s Corner” – dianjurkan oleh Kinabalu Coders, sebuah komuniti berasaskan teknologi dari Sabah, menandakan keupayaan negeri tersebut dalam kelibatan mobiliti masa depan Malaysia.
Siri aktiviti ini bakal menjadi platform yang menarik untuk semua pelawat mengalami teknologi yang berkaitan dengan robotik, IoT dan mobiliti masa depan melalui cara yang menyeronokkan dan menarik.
Para pengunjung Autoshow akan dijamu pelbagai acara berkaitan elektronik asas, “Machine Learning” serta pengaturcaraan yang kompleks.
Berikut merupakan beberapa aktiviti yang akan berlangsung:
- Pertandingan “Robot Combat”
- “Self-driving Car and Hands-on Tutorial”
- Sumo Robot 500
- Bengkel Pengaturcaraan
“Malaysia Autoshow Activity Arena” akan berakhir secara rasmi pada 14 April, dengan Majlis Penyampaian Hadiah yang dirasmikan oleh YB Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Menteri Belia dan Sukan.
Aktiviti menarik lain di Malaysia Autoshow 2019 termasuk:
- Safety Driving and Drift Demo
- Drone Flying
- PROTON Taxi Ride
- Car Club Gathering
- Cabutan bertuah dengan peluang memenangi sebuah Kia Picanto, Perodua Bezza atau Perodua Myvi (Tertakluk kepada terma dan syarat)
- Pertandingan “e-sports”
- Malaysia Autonomous Vehicle Challenge (MAVEC’19), dianjurkan oleh SAE Malaysia dan International Islamic University Malaysia (IIUM) di bawah naungan MARii
- Kidnovate – aktiviti-aktiviti berasaskan STEM
- Demonstrasi IPC-SLDN
- Aneka “food truck”
- Demonstrasi Brek Perodua A.S.A.
- “Perodua Pre-Owned Vehicle” (POV)
- Sudut Kerjaya