Pamer Kehebatan Kereta-Kereta Audio Dan Meriahkan Dunia Audio Tempatan

Dewan Milenium Kepala Batas di Pulau Pinang pernah menjadi tumpuan para pencinta dunia permotoran apabila menjadi lokasi penganjuran Bike Show & Car Audio Competition. Diadakan sempena Festival Stylelista Techno, acara yang menggabungkan para pencinta motor dan audio kereta ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Dianjurkan GM Event Management dengan kerjasama pihak penganjur Festival Stylelista Techno, acara ini turut menerima tajaan dari pelbagai penaja seperti Mindscape, Koyoko, Tom’s Stickers, Labu Motorsports, Hafarina Golbal Marketing, Nazson Auto Acc, Kedai Motor Mutiara 218, Apit Sticker dan ONE30sticker.com.

Kedua-dua acara telah dimulakan seawal 10 pagi sehingga 6 petang dan pendaftaran telah dibuka pada pukul 9 pagi sehingga 2 petang. Pelbagai kategori telah dibuka untuk penyertaan serta menawarkan hadiah-hadiah istimewa. Selain berpeluang mempamerkan kehebatan masing-masing, acara ini juga merapatkan lagi ukhwah di antara para pecinta dunia permotoran khususnya di bahagian utara.