Perkembangan teknologi yang kian pesat, bukan sahaja memudahkan perjalanan kehidupan manusia seharian malah ia dapat memberi penyelesaian yang pantas tanpa perlu membazirkan masa dan tenaga. Dengan adanya pelbagai produk di pasaran, segala-galanya menjadi lebih mudah dan tidak melampau jika dikatakan sebagai selamat.
Jika dahulu anda perlu memantau keadaan tayar samada masih dalam berkeadaan baik, kini hanya pasangkan sahaja sistem pemantauan tekanan angin (TPMS) dan memeriksa status terkini dengan tepat. Anda tidak perlu risau dengan keadaan tayar dan lebih bersedia untuk menambahkan tekanan angin atau menukarnya apabila tiba masanya.
Apa yang akan terjadi sekiranya berlaku kecemasan seperti tayar pancit disebabkan paku atau terlanggar jalan berlubang yang boleh membuatkan tayar pancit? Anda pula ingin cepat dan tiada masa untuk menukar tayar ganti? Ya, keadaan ini pasti pernah terjadi kepada anda. Apa yang akan anda lakukan? Hubungi rakan untuk bantuan? Bukankah itu akan memakan lebih banyak masa? Sebenarnya anda memerlukan pengepam tayar yang bukan sahaja mudah tetapi pantas.
Dalam keadaan kecemasan begini, anda memerlukan pengepam tayar keluaran Blaupunkt, Tire Inflator. Sebanyak dua jenis pengepam tayar ditawarkan Blaupunkt; TIF 1.0 dan TIF 4.0. Kenapa anda perlukan pengepam tayar Blaupunkt? Pengepam tayar Blaupunkt ini mampu mengepam angin ke dalam tayar dan juga beberapa produk inflatable kecil yang lain termasuk pelampung dan mainan kanak-kanak.
Sebagaimana yang dikatakan tadi, pengepam tayar Blaupunkt ini dapat menjimatkan masa standard 195/65R15 mengisi angin dalam tayar kurang dari 7 minit. Sekiranya keadaan di atas terjadi, anda hanya perlu isikan angin dalam tayar sebelum memandu kereta ke bengkel berdekatan. Ia juga mudah digunakan, hanya dengan masukkan pengecas 12v ke soket rokok yang ada dalam kereta untuk mengepam tayar. Diperbuat dari bahan-bahan tahan lama, ringan dan mudah dibawa ke mana-mana.
Kedua-dua pengepam tayar Blaupunkt ini mempunyai fungsi yang sama, bezanya TIF 4.0 ini bukan sahaja boleh mengepam tayar malah ia turut berfungsi sebagai vakum. Cara penggunaan masih sama, hanya masukkan pengecas 12v ke soket rokok yang ada dalam kereta dan mulakan kerja pembersihan dengan menyedut kotoran, habuk-habuk dan bendasing. Satu produk tetapi mempunyai dua fungsi. Mudah dan jimat!
Bagi pemandu seperti saya yang sentiasa sibuk dan tidak mahu buang masa pergi bengkel atau stesen minyak semata-mata untuk mengisi angin, pengepam tayar Blaupunkt ini adalah pilihan paling tepat. Anda boleh lakukannya dengan menggunakan pengepam tayar ini samada di rumah, tempat kerja, lot parking atau di mana-mana sahaja. Selain itu, pengepam tayar Blaupunkt ini bukan sahaja untuk tayar kereta, ia juga boleh digunakan untuk mengisi angin tayar motosikal, basikal, bola getah dan bermacam-macam permainan lain yang memerlukan angin.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor
No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp : +60 17-294 3338
Emel : blaupunkt.malaysia@blapac.com
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web : https://www.blaupunkt.com/ase/
Web : https://www.amicimalaysia.com/
Facebook : https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook : https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/