Dianggarkan seramai 2000 orang telah mengunjungi program Olskool Mega Gathering Reboran anjuran Olskool.my yang diadakan pada 9 November lalu. Bertempat di Mydin Bukit Mertajam di Pulau Pinang, program ini berjaya menarik sebanyak 360 penyertaan kereta berdaftar serta menyaksikan 20 buah kereta dari Thailand Olskool Car Club dan terbanyak serta tertinggi pernah dicatatkan sepanjangan 11 kali penganjuran OMG.
Ini merupakan penganjuran julung-julung kalinya selepas 10 tahun bergerak sendiri yang diperkuatkan lagi dengan sokongan para penaja. Antara nama-nama yang terlibat sebagai penaja termasuk The Two Brothers, Retro Auto Parts, Atara Racing, 43 Garage, Zokusha Stickers, Pendekar Wrap, Segamat Oldskool Scene dan Back Street Garage.
Bukan itu sahaja, penganjuran kali ini juga menyaksikan buat pertama kalinya OMG memanggil kelab-kelab motor retro sebagai kelab jemputan seperti Utara RD Empire, Moto Buruk Garage dan VW Trash Garage. Program dimeriahkan lagi dengan persembahan busker secara live juga yang pertama kali diadakan dalam penganjuran OMG ini. Kemeriahan penganjuran program ini telah menerima liputan dari pelbagai pihak media temasuk Kar HiFi, Kaki Kereta, Shift, Careta, Motoqar dan Hypertune.