Sebelum memasuki bulan Ramadan yang lalu, Geng Autoshow Perak Event Management sempat menganjurkan satu program yang melibatkan para pencinta kereta olskool yang bertempat di RTC Gopeng Perak. Diadakan pada 28 April lalu, Oldskool Street ini telah dijayakan buat kali yang ke-4. Dimulakan seawal 10.00 pagi dan berlarutan sehingga 6.00 petang, penganjuran program kali ini mendapat sambutan cukup hebat.
Bukan sahaja dari negeri Perak, malah para peserta dan pengunjung yang memeriahkan lagi penganjuran program yang diadakan sekali setahun ini ada yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kuala Lumpur, dan juga Johor Bharu. Pihak penganjur mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak FAMA kerana memberi ruang dan peluang berkerjasama sekali lagi untuk menganjurkan program ini.
Semoga lebih banyak program permotoran dapat dijayakan di kawasan FAMA (RTC Gopeng Perak) ini kerana segala kemudahannya sangat baik dan teratur. Semoga berjumpa lagi di penganjuran Oldskool Street ke-5 pada tahun hadapan.