Kesesakan lalu lintas memang sinonim dengan jalan raya di Malaysia. Tak kira pagi, petang, siang mahupun malam. Itu belum kira musim cuti, boleh hangit dibuatnya terkurung dalam kereta. Nak berehat di kawasan Rehat dan Rawat, jarang ada yang kosong. Kalau ada kekosongan tempat parking sekalipun, terpaksa beredar segera untuk beri laluan kepada pengguna jalan raya lain. Ada juga pemandu memilih untuk meneruskan sahaja perjalanan serta cuba mengelak kebosanan dengan pelbagai cara termasuk menyanyi sendirian, sekuat yang boleh.
Jika begitu cara yang sesuai untuk melawan kebosanan, anda perlukan penalaan bunyi yang tepat. Bagi mendapatkan frekuensi yang tepat ini, Eros Audio telah mengeluarkan pemproses isyarat digital ER-30.6MK2 bersama mikrofon DSP Mic 101. Bagi makluman, mikrofon ini berfungsi untuk mengukur frekuensi yang tepat serta mengikut citarasa anda. Dengan pemproses isyarat digital dan mikrofon dari Eros Audio ini, anda juga seorang pakar audio. Bukan itu sahaja, pemproses ini juga mempunyai beberapa ciri keistimewaan lain seperti saiz yang kecil dan menjimatkan ruang. Mudah dipasangkan di mana-mana termasuk tempat tersembunyi.
Selain itu, prestasi pemproses isyarat digital ini tepat dan efisien dengan kuasa nominal 4 x 68 watt, input 4 RCA dan output 6 RCA. Lebih istimewa lagi, set ini juga dilengkapkan dengan tripod. Anda tidak perlu risau untuk memegang mikrofon ketika melakukan penalaan dan sambungkan dengan Bluetooh. Setelah mendapat frekuensi yang tepat serta memuaskan hati, anda boleh menikmati lagu-lagu kegemaran sambil bernyanyi untuk menghilangkan rasa bosan sepanjang perjalanan.
Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Moon Face Audio Sdn. Bhd.
No. 18, Jalan Balakong Jaya 8,
Taman Balakong Jaya,
43300 Seri Kembangan,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 03 – 8953 0279 / 012 201 8479
Facebook : www.facebook.com/eroscaraudio
Web : www.eroscaraudio.com
Hita Auto Enterprise
No.21-G, Ground Floor,
Jalan Perdana 6/8,
Pandan Perdana,
55300 Kuala Lumpur.
No Tel : 03 – 9201 2687 / 016 – 668 3721