Dianjurkan oleh R7 Motorsports Event Management dengan usahasama VX Malaysia telah berlangsungnya program Meet Honda Machine 2K19 yang diadakan pada 9 November yang lalu. Bertempat di Giant Superstore Tunjung, penganjuran Meet Honda Machine ini adalah kesinambungan bagi acara tahunan yang diadakan sejak tahun 2017.
Tahun ini kali ketiga program ini dianjurkan bagi merealisasikan hasrat memajukan dunia sukan permotoran di negeri Kelantan. Dalam masa yang sama, memberi dorongan kepada para pemilik kelab Honda atau komuniti supaya bergiat lebih aktif khususnya yang melibatkan permotoran agar terus maju ke hadapan.
Bagi menyemarakkan lagi penganjuran program ini, pelbagai aktiviti telah disediakan pihak penganjur antaranya termasuk Competition Meet Honda Machine yang dibahagikan kepada 7 kategori dan piala khas ‘King Of The King, seterusnya dinobatkan sebagai Juara Keseluruhan.
Selain itu, program dimeriahkan lagi dengan segmen pameran ‘The Greatest Carshow’ di mana sebanyak 7 buah jentera Honda yang terbaik dipamerkan kepada orang ramai dalam halaman Giant Superstore Tunjung (indoor). Redline Underground telah dijemput khas untuk mempamerkan sebuah jentera Mitsubishi Evo 9 Voltex yang dimodifikasi penuh (fully modification) di mana enjinnya telah dipertingkatkan kuasanya dengan kuasa 600 kuada kuda di Bangkok, Thailand.
Perkongsian : AmekingR7