Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019

Ekspo terbesar Motonation yang ke-3, Malaysia International Automotive & Parts Expo 2019 ini sedang berlangsung di Pusat Pameran dan Konvensyen Antarabangsa Mines (MIECC) bermula dari 24 hingga 27 Oktober 2019. Berlandaskan ekspo automotif antarabangsa seperti Thailand Auto Parts & Accessories Fair (TAPA), SEMA USA, Indonesia International Trade Show for Automotive Industry (INAPA). Dianjurkan oleh Motonation, MIAPEX ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan usaha kerjasama antara industri automotif serta bisnes automotif secara global.

Penganjuran MIAPEX kali ini telah mendapat sambutan yang amat memberasangkan dengan penyertaan dari beberapa buah negara termasuk Malaysia, India, Taiwan, China, Korea dan Thailand. Hampir 300 syarikat dan bisnes automotif antarabangsa yang mempamerkan produk masing-masing seperti aksesori automotif, pameran model kereta, pameran alat-alat ganti, sistem automotif terbaru dan macam-macam lagi yang berkaitan industri automotif.

Penganjuran MIAPEX ini turut menerima sokongan Konvensyen & Pameran Malaysia (MyCEB) iaitu sebuah agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Kesenian dan Kebudyaan Malaysia. Selain menjadi platform untuk memperkenalkan industri automotif, usaha ini juga diharapkan dapat meningkatkan kerjasama antarabangsa antara pemain-pemain industri automotif. Berlangsung selama 4 hari, pameran bermula dari jam 10.00 pagi hingga 6.00 petang setiap hari dan percuma untuk pelawat.