Majlis Berbuka Puasa Kelab Honda Civic Vtec True Street dan Group Anak-Anak Abah Lee

Sebelum kedatangan bulan Syawal yang lalu, Kelab Honda Civic VTEC True Street Pendang (VTSP) bersama group Anak-Anak Abah Lee telah bekerjasama dan mengadakan majlis berbuka puasa. Diadakan pada 24 Mei lalu, seramai 50 orang yang terdiri dari 20 orang ahli kelab VTSP dan 30 orang ahli group Anak-anak Abah Lee keluarga masing-masing telah hadir dan memeriahkan lagi majlis berbuka puasa ini.

Semua ahli kelab terlebih dahulu telah berkumpul di perkarangan Taman Jubli Emas, Suka Menanti, Alor Setar dan bergerak ke Sisbro Kepala Batas berhadapan TH Hotel untuk majlis berbuka puasa. Program ini diadakan demi mengeratkan tali silaturahim sesama ahli kelab. Selepas selesai majlis berbuka puasa, acara program tidak berhenti tetapi diteruskan lagi dengan sesi lepak santai yang diadakan pula di Bandar Alor Setar.