Konvoi Merdeka Kelab Beetle Malaysia

Cuaca panas tidak menghalang semangat para peserta meneruskan konvoi merdeka kali kedua anjuran Beetle Club Malaysia. Disertai seramai 22 pemilik kereta Volkswagen Beetle dan dimeriahkan lagi dengan penyertaan 3 pemilik kereta Volkswagen Tiguan yang dimulakan dari Nasi Kukus BOSS di Setia Alam di Shah Alam menuju Volkswagen Fest 2019. Sebelum memulakan perjalanan, para peserta singgah di sebuah tasik berhampiran untuk bergambar kenangan.

Dimulakan selepas waktu makan tengah hari, konvoi ini mencuri tumpuan orang ramai sepanjang perjalanan. Sebaik tiba di tapak VW Fest 2019 yang bertempat di Setia Convention Centre, para peserta konvoi disambut pasukan Rela dan pihak media yang menyediakan tempat letak kereta yang telah dikhaskan. Selain berhimpun dan menjamu selera, para peserta menggunakan kesempatan ini beramah mesra sekaligus menambah kenalan di kalangan para pemilik kereta Volkswagen. Program dimeriahkan lagi dengan pelbagai aktiviti seperti pandu uji, food truck, belon udara panas dan macam-macam lagi.

Sekiranya ada berminat untuk menyertai dan mengetahui lebih lanjut tentang kelab ini, layari Beetle Club Malaysia di Facebook dan Instagram.