Komi

Perjalanan jauh yang meletihkan dan membosankan, membuat ramai pemandu mengantuk serta cenderung melakukan kesalahan seperti melanggar had laju dan lampu merah. Keselesaan semasa berada dalam kereta di sepanjang perjalanan adalah sangat penting untuk mengelakkan keadaan seperti yang dinyatakan tadi berlaku. Bukan sahaja keselesaan, malah hiburan juga mampu memberi ketenangan kepada para pemandu dalam menempuh perjalanan yang juga digunakan para pengguna jalan raya lain dengan pelbagai ragam.

Di atas kesedaran ini, Komi telah mengeluarkan produk terbaharu dan juga penyelesaian kepada masalah yang sering dialami para pemandu. Sarung kerusi ciptaan Komi ini bukan sahaja didatangkan dengan teknologi urutan (massage seat cover) yang membantu kelancaran pengaliran darah, malah ia turut memastikan anda kekal selesa terutama sekali ketika menempuh selekoh tajam. Lebih istimewa lagi, ia juga membawa muzik begitu hampir seolah-olah anda didendangkan nyanyian oleh penyanyi itu sendiri. Tanpa sebarang pengubahsuaian, anda boleh menikmati hiburan sekali gus menjadikan perjalanan lebih menyeronokkan.

* Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Komi; 016 – 215 5825 (Miss Lai) atau layari www.facebook.com/komiseatcover