Kerjasama Brabham Dan Kyron Hasilkan Sistem Audio Berkualiti Tinggi
Brabham Automotive yang hangat menerusi BT62 dalam segmen supercar, kini kembali dengan kerjasama Kyron Audio untuk menyemarakkan dunia audio khususnya penggemar audiophiles. Syarikat yang berpusat di Adelaide itu berhasrat menghasilkan amplifier dan speaker ulung di dunia serta memberi peluang kepada para bakal pembeli untuk membuat tempahan sistem audio berkualiti tinggi yang dikatakan hebat seperti BT62.
Kyron telah menghasilkan tiga sistem amplifier dan speaker yang berharga dalam lingkungan AUS$349,000 atau US$249,319 (RM1,041,688.79). Sistem audio The Phoenix terdiri dari amplifier 8×700 watt dan subwoofer 2×1500. Setiap satu komponen audio ini direka, diproses menggunakan mesin dengan kiraan tepat serta dipasang secara manual dengan tangan. Menurut syarikat ini, bunyi yang dihasilkan setanding artis yang membuat persembahan secara langsung di atas pentas terus ke rumah anda!
“Sepertimana BT62 mengubah persepsi anda tentang apa yang supercar mampu lakukan, menikmati muzik dari Kyron Audio merupakan satu pengalaman yang akan mengubah tanggapan anda,” kata pengasas dan ketua pereka, Lee Gray. “Kami amat berbangga untuk berkongsi minat serta dinamik Brabham Automotive juga menghasilkan lebih banyak pengalaman luar biasa bersama pelanggan.
“Brabham Automotive bekerjasama dengan jenama yang mempunyai fokus terhadap kualiti, mementingkan hubungan bersama pelanggan dan sentiasa berusaha menghasilkan hanya yang terbaik dalam bidang masing-masing,” ujar Ketua Pegawai Eksekutif Brabham, Dan Marks.
“Bagi tujuan itu, Kyron Audio memenuhi kriteria serta menghasilkan produk untuk pentas dunia. Dedikasi yang ada pada Kyron dalam membuat rekaan, kejuruteraan serta prestasi menandingi Brabham Automotive yang menawarkan pelanggan pilihan gaya hidup luar biasa.”
Manakala untuk supercar Brabham pula, sama ada ianya diluluskan untuk digunakan atas jalan atau tidak, ia mempunyai enjin 5.4 liter V8 dengan 700hp (710 PS / 522 kW) dan 492 lb-ft (667 Nm) tork. Versi untuk perlumbaan dijual bermula pada harga £750,000 atau $977,715 (RM4,087,070.93) di UK. – carscoops.