Di Indonesia, model kereta Mazda 2 hatchback dan sedan masih lagi jarang digunakan. Namun, bagi pasangan Pindo Gondomono dan Yessi Setiawati ini lain pula kisahnya. Bertugas sebagai penganjur dan pengubah hiasan, membantu pasangan ini dalam melakukan modifikasi ke atas kereta kesayangan mereka.
Dilayangkan warna merah, Mazda 2 sedan ini tampak solid. Sebelum ini, Pindo dan pasangannya pernah menggunakan kemahiran mereka dalam memodifikasi kereta pertama, Daihatsu Xenia. Model yang mirip dengan Avanza keluaran Toyota. Custom body kit H20 telah dipasangkan pada kereta Mazda 2 ini. Rim dan juga tayar pula ditukar kepada rim 17” dan Bridgestone Potenza, tayar berprofil rendah untuk menambahkan kestabilan.
Kebiasaannya kereta ini digunakan oleh Yessi. Secara tidak langsung, segala keperluan dan kehendak Yessi perlu diambilkira dalam membina sistem ICE yang dikehendaki mereka. Menurut Erwin, Yessi mahukan ruang letak barang yang luas dan juga tempat simpan tayar simpanan agar mudah untuk dicapai bila-bila tiba masa kecemasan.
Bagi speaker bahagian belakang pula, Erwin memasang speaker coaxial 6.5” Agako pada lokasi standard, pintu tempat duduk penumpang. Disebabkan ianya dibina dengan tujuan untuk kegunaan harian, Erwin tidak mahu membuat pemasangan yang boleh menghalang dan mengurangkan keseronokan berhibur di dalam kereta.
Sepertimana yang dapat dilihat dengan mata kasar, tema untuk kereta ini ialah merah dan hitam. Justeru itu, Erwin membina enclosure dari kaca fiber untuk 1 unit subwoofer Venom 2012 dengan mengikut tema. Erwin juga membina rak khas untuk menempatkan amplifier. Rak ini juga dihasilkan dari kaca fiber dan MDF, diperhalusi lagi dengan akrilik serta mandian cahaya lampu berwarna merah.
“Inilah sistem ICE yang menghiburkan untuk saya dan famili,” ujar Pindo sambil tersenyum bangga.
* Artikel ini disiarkan dalam majalah Kar HiFi 35