Kehidupan Lebih Dinamik Dan Bermakna

Sebenarnya, penggunaan dan pemilihan nombor 4 agak sensitif untuk kaum cina kerana bermaksud mati, tetapi berbeza dengan kisah pemuda ini yang memberi makna baru bagi nombor 4. Baginya, nombor 4 itu memberikan kehidupannya lebih dinamik dan juga bermakna.

Maksud nombor 4 di sini ialah, jumlah subwoofer yang digunakan dalam sistem audio keretanya. Menurutnya, dua unit subwoofer tidak cukup enak didengar dan kurang padu berbanding dengan 4 unit subwoofer. Seperti yang dapat dilihat, terdapat 4 unit subwoofer ADS yang digunakan oleh installer untuk menguasakan frekuensi rendah pada sistem audio dalam Avanza ini.

Lebih menarik lagi, perumah atau kotak yang digunakan dibina khusus untuk mendapatkan bunyi bass yang lebih dalam dengan speed optimal, sesuai untuk muzik berentak R&B. Bagi memacu kuasa untuk keempat-empat woofer ini, monoblock D-Class PCA 1200.1 dengan karakter THD yang baik telah digunakan.

Selebihnya, amplifier Crossfire TEK 504 digunakan untuk menguasakan speaker 3-way LM Audio dan speaker ADS 2-way yang ada di bahagian belakang. Pemilihan kabel juga amat penting untuk sistem audio yang baik dan untuk itu, installer telah menggunakan Monster Cable dengan dipadankan dengan 2 unit kapasitor ADS.

Bagaimana pula dari sudut kosmetik atau penampilan Avanza ini? Installer telah menggunakan bahan semi sintetik pada box sealed yang telah dicampurkan bersama fiber untuk mendapatkan komposisi yang cukup cantik untuk 4 subwoofer tadi. Bahan semi sintetik ini juga mempunyai tarikan tanpa sebarang cela. Apalagi bila 2 warna disepadukan dengan LED di beberapa tempat yang menaikkan lagi seri pada Avanza ini!