Riverfront City Sg Petani telah menjadi lokasi yang berjaya menghimpunkan sebanyak 220 buah kereta berkonsepkan Stance & Fitment dari seluruh Malaysia sempena Kedah Stance Attack Vol. 6. Saban tahun, penganjuran acara ini semakin berkembang dengan sambutan yang kian meningkat dari para penggemar dunia permotoran.
Pihak penganjur telah memberi penekanan berkonsep ‘Meet & Greet’ dan juga ‘Show & Shine’ yang mendapat tempat di hati para peserta yang mengambil bahagian. Pelbagai jenama dan jenis kereta yang diubahsuai dengan cukup unik telah memenuhi tapak acara.
Walaupun tiada limbo rock namun acara ini tetap dimeriahkan dengan pelbagai aktiviti yang telah disajikan termasuk jualan dan pameran diecast Hotwheels, demo flatland BMX, persembahan Dj Que & Dj Korn, forum S&F dan jualan cenderamata serta pelekat dari komuniti-komuniti yang terlibat. Tahniah dan terima kasih diucapkan kepada para peserta, Hausboom selaku penaja dan Alie Koupa dari Retro Havoc yang sudi meluangkan masa untuk hadir sebagai tetamu KSA6.