Kalau Kurang Power, Gimik Itu Mainkan Peranan Penting

Ramai yang pelik, kenapa pemilik kereta yang memasang sistem audio gemar menggunakan pelbagai. Adakalanya, macam tak masuk akal pun ada. Sebenarnya, tema atau konsep yang menghiasi kereta audio bukan dibuat saja-saja tetapi gimik untuk memikat hati juri.

Kebanyakan pemilik kereta yang gemar modifikasi kereta, cenderung untuk menyertai pertandingan autoshow dan audioshow. Peserta yang bertanding pula, bukan calang-calang. Selain sistem audio yang memang memukau juri, cara untuk mengatasi persaingan dengan kereta-kereta lain yang turut bertanding adalah dengan tampil unik. Disebabkan itu, banyak kereta modifikasi selalu unik dan pelik. Ada markah tu, bukan suka-suka letak je…

Tak perlu risau, tangan tu bukan betul pun. Semuanya selamat. Takde orang yang tercedera atau tangan terputus sewaktu gambar kereta ini diambil. Itu semuanya… gimik!

Nama
Mohd Firdaus b Md Yusof
Kereta Sekarang
Perodua Kembara
Kereta Pertama
Perodua Kancil
Kereta Impian
Toyota Alphard
Head Unit
Eclipse CD4000
Equalizer
– 1 unit pre-amp America Sound ASP-929
– 1 unit pre-amp 4 band RS 4CH
Amplifier
– 2 unit amplifier America Sound
– 2 unit amplifier monoblock America Sound
Speaker
– 6 unit mid bass America Sound
– 4 unit horn tweeter America Sound
– 2 unit tweeter
Woofer
– 4 unit woofer 12” America Sound
Setting
SPL
Kenangan Pahit
– Tiada
Kenangan Manis
– Menyertai kelab ICE
Lokasi Impian
– Langkawi, Kedah
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Tengok sistem ICE kawan
Pendorong
Kawan-kawan
Kelab
MH Audio
Pusat Pemasangan
MH Audio, 649 A, Kampung Bukit, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang. No Tel : 016 454 4960 (Suhaimi)