Percaya atau tidak, ramai yang minat audio dan teringin pasang sistem audio dalam kereta masing-masing tetapi macam-macam perkara yang membantutkan keinginan ini dari jadi kenyataan. Akhirnya, ada antara golongan ini jadi orang yang pandai memberi komen sahaja. Bila nampak sistem audio orang lain, dialah yang komen paling laju.
Itu sudah menjadi lumrah. Bagi peminat audio yang tegar, dengarkan aje kata-kata kecaman dan jangan simpan dalam hati. Biarpun sistem audio tak lengkap dan sedang-sedang sahaja, sekurang-kurangnya anda ada sistem audio dan boleh buat sesuatu untuk mendapatkan kualiti yang lebih baik. Kalau bukan mula membina sistem audio dari sekarang, bila lagi nak merasa? Kalau tak boleh buat sekali gus, tak salah pasang satu demi satu. Ikut kemampuan dan ikut keselesaan telinga anda juga. Betul tak?
Nama
Mohd Fadzley Bin Shamsul Anuar
Kereta Pertama
Perodua Kancil
Kereta Impian
Subaru Impreza
Kereta
Proton Iswara
Head Unit
JVC KD-R405
Equalizer
– 2 unit pre-amp Adams Digital AMP6XO
Amplifier
– 4 unit amplifier 4 channel Ameron
– 1 unit amplifier monoblock Ameron AMA-816D
Speaker (Hadapan)
– 2 unit mid bass Mohawk
– 2 unit tweeter Mohawk
Speaker (Belakang)
– 8 unit speaker Adams Digital
– 4 unit horn tweeter Adams Digital
Woofer
– 3 unit woofer Adams Digital
Setting
SPL
Kos Modifikasi
RM10,000
Kenangan Pahit
–
Kenangan Manis
– Pergi melancong
Lokasi Impian
– Cherating
Bagaimana Boleh Minat Audio Kereta
Lihat majalah Kar HiFi
Pendorong
Rakan-rakan
Kelab
Kelab Audio Shi Ji
Pusat Pemasangan
Pusat Aksesori dan Penghawa Dingin Shi Ji, 10, PSN Seri Manjung, Pusat Bandar Seri Manjung, 32040 Seri Manjung, Perak. No Tel : 05-688 5982 / 016-555 3961.