Jelajah Raja Lelong Malaysia

Program yang menghimpunkan raja-raja lelong telah menjadi platform terkini dan semakin menerima sambutan cukup menggalakkan dari orang ramai khususnya golongan yang gemar berbelanja. Baru-baru ini, Jelajah Raja Lelong telah bertamu di Mydin Jasin Bestari yang terletak di Melaka dan berlangsung selama 10 hari.

Diadakan bermula dari 9 Julai hingga 18 Julai lalu, Jelajah Raja Lelong yang dianjurkan dengan kerjasama Mydin Jasin Bestari ini, dimeriahkan lagi dengan penganjuran pelbagai aktiviti telah disusun. Antara aktiviti yang menjadi tarikan utama selain gerai-gerai jualan dari raja-raja lelong, program ini dimeriahkan dengan segmen Autoshow & Audioshow yang diadakan pada 17 Ogos bersamaan dengan hari Sabtu.

Dikendalikan oleh CPURT Event Management bersama Marvellous Group serta MM People Charity Club, program Autoshow & Audioshow ini menyaksikan penyertaan dari para pencinta dunia modifikasi permotoran dengan jentera masing-masing yang telah dimodifikasi dengan unik sekali. Tahniah diucapkan kepada saudara Sahul Hamid Rahul, selaku penganjur yang sekali lagi mengajurkan program yang sentiasa dinanti-nantikan para peminat permotoran.