IROAD X9

Dilengkapi dengan Road Safety Warning System (sistem amaran keselamatan jalan) yang menyediakan amaran menerusi audio dan visual untuk Lane Departure (penyimpangan lorong), Front Collision (pelanggaran hadapan) dan Front Vehicle Departure (penyimpangan kereta hadapan). Ia juga mengesan tanda-tanda di atas jalan dan memberi amaran kepada pemandu sekiranya kenderaan mula menyimpang dari lorong asal dan memasuki lorong sebelah atau apabila ada risiko berlakunya kemalangan.

SONY STARVIS IMAGE SENSOR (Pengesan Imej Sony Starvis)
Pengesan premium yang menjamin ketepatan dan imej berkualiti dengan pengesan imej Sony Starvis; gambar yang dirakam jelas dan terang walaupun dalam keadaan kekurangan cahaya. Malah kualiti gambar yang dirakam pula lebih jelas dan terang berbanding asal.

X-VISION
Visi malam yang cemerlang untuk IROAD
Ketika dalam mode parking, kecerahan keadaan sekeliling didiagnos dalam masa 5 saat dan kecerahan rakaman ditingkatkan 3 kali lebih tinggi apabila iluminasi rendah. Ia juga mampu merakam imej yang terang dan jelas bukan sahaja dalam mode parking malah ketika sedang memandu juga.

Kualiti Premium FHD
Rakaman penuh HD (Definisi tinggi) Depan dan Belakang

LDWS (Sistem Amaran Penyimpangan Lorong)
Lane departure warning system (LDWS) atau Sistem Amaran Penyimpangan Lorong; kamera hadapan mengenalpasti lorong jalan masa nyata dan mengeluarkan bunyi sebagai amaran sekiranya pemandu memandu dalam keadaan mengantuk atau membahayakan dan menyebabkan kenderaan terkeluar atau menyimpang darlorong asal.

FCWS (Sistem Amaran Perlanggaran Dihadapan)
Forward collision warning system (FCWS); mengira jarak kenderaan di hadapan dan memberi amaran lebih awal sekiranya pemandu mencecah jarak untuk berhenti yang selamat bagi mengelakkan perlanggaran.

FVDW (Amaran Penyimpangan Kenderaan Hadapan)
Front Vehicle Departure Warning (FVDW); memberi amaran kepada pemandu apabila kenderaan di hadapan berhenti bergerak atau menyimpang/terkeluar dari lorong, sistem ini memberi kemudahan kepada pemandu untuk bersiap sedia dengan kemungkinan yang bakal berlaku.

Mudah Dihubungkan menerusi Wifi
Boleh memainkan semula video rakaman pada bila-bila masa dan di mana jua menerusi satu aplikasi. Wifi disambungkan secara automatik selepas aplikasi IROAD dihidupkan dan sentiasa dikemaskini dengan versi terbaharu. Berbanding beberapa model kamera dalam kereta yang sukar untuk dihubungkan, aplikasi IROAD disambungkan secara automatik.

Aplikasi IROAD
IROAD Dash Cam Mobile Viewer adalah untuk kemudahan mengakses IROAD Dash cam; boleh memainkan rakaman secara langsung dan memuat-turun rakaman pada telefon pintar dengan menggunakan aplikasi Mobile.

Antara kemudahan-kemudahan lain yang dinikmati para pengguna IROAD ini termasuk;
– skrin langsung (pemandu boleh melihat skrin depan dan belakang secara terus) Info tentang tarikh, masa, voltan, kelajuan serta GPS ada ditunjukkan di bahagian bawah skrin.
– memainkan video yang dirakam pada telefon pintar menerusi IROAD Dashcam Mobile Viewer. Periksa perjalanan terakhir, memainkan semula maklumat yang segala maklumat perjalanan.
– muat turun dengan pantas kesemua video yang telah dirakam pada IROAD Dash Cam ke dalam telefon pintar ketika berada dalam kenderaan tanpa penggunaan kad SD mikro atau komputer.
– kawal kamera dengan sambungan wifi, hanya akses aplikasi IROAD Dash Cam dan ubah tetapan mengikut kesesuaian; resolusi, mode rakaman, pengesan sensitiviti, masa dan tarikh, kapasiti memori dan macam-macam lagi

* Untuk maklumat lanjut, hubungi;
DWO IROAD Branch Company Malaysia
No.7, Jalan Penguasa U1/53A,
Kawasan Perindustrian Temasya
40150 Shah Alam, Selangor
Website : Global IROAD
FB : IROAD DASH CAM

atau hubungi;
Voz Audio (Selangor)
Tel : 03 – 8062 8111 / 222 / 333

Pure Power Audio (Johor)
Tel : 07 – 511 5925