Himpunan Pemilik Kelab dan Komuniti Proton Vs Perodua Day 2019

Buat julung-julung kalinya, 3 kelab telah bergabung untuk menganjurkan salah satu program permotoran yang paling dinanti-nantikan pada tahun ini, Himpunan Pemilik Kelab dan Komuniti Proton vs Perodua Day 2019. Dianjurkan oleh Geng Kelab Kereta Utara dan Budak Kereta Geng Kita Event Management dengan kerjasama Persatuan Permotoran Negeri Kelantan dan Amanjaya Mall Sg Petani.

Diadakan pada 15 September yang lalu, pelbagai aktiviti telah disusun oleh pihak penganjur. Dimulakan seawal pukul 9.00 pagi, program ini berlarutan sehingga pukul 9.00 malam. Antara aktiviti yang disediakan pihak penganjur dan berjaya menerima sambutan luar biasa para peserta adalah Autoshow, Audioshow, Limbo Stance, Karaoke, Sukaneka yang terbuka untuk ahli-ahli kelab, peraduan mewarna untuk kanak-kanak dan banyak lagi aktiviti menarik.

Sebagaimana yang disebut awal tadi, penganjuran program yang pertama kali dianjurkan ini disertai pelbagai kelab-kelab kereta dari negeri Kedah dan sekitarnya. Antaranya termasuk PRONOC, SIMC, Jogga Motorsport, MYSVOC, LRC, KPSIFK, NBC, MAXOC, Komuniti Utara Club, Lanun Campro, MCC, Proton Arena Community, KGSJ, Komuniti MdmHc, KSIM, PROSANK, PPVC, GSB, KLC, KSIP, CVTM, K-Car Sporting, Geng Santai Darulaman, MG3C, CMC, WOKC, Speed No Limit, LSF, Wkc, WMCM, PWC, Galaxy Wira Family, Motoraport, GAB, WNCC, WM dan Kelab Myvi Utara.

Majlis penyampaian hadiah kepada para pemenang telah menutup program ini. Tahniah diucapkan kepada para pemenang yang membawa pulang hadiah kemenangan. Ucapan tahniah juga kepada para penganjur kerana berjaya menganjurkan dan memastikan program berjalan lancar. Antara kelab kereta yang membawa hadiah kemenangan adalah WMCM sebagai pemenang Grup Seragam dan WOKC sebagai pemenang Grup Sporting. Pemenang keseluruhan Gathering Best of The Best Gathering pula adalah WNCC, GENG ALZA BIRU dan WMCM.