GTR 130A, Pilihan Terbaik Untuk Kereta Anda

Kalau ditanya tentang muzik, ramai yang menjadikannya sebagai teman khususnya ketika memandu sama ada untuk perjalanan dekat mahupun jauh. Bukan itu sahaja, muzik juga menjadi pilihan para pemandu apabila tersangkut dalam kesesakan jalan raya. Tidak guna mendengar muzik sekiranya sistem audio tidak mampu memberi kualiti yang diharapkan. Salah satu jenama yang terkenal dengan reputasi dan kecemerlangan kualitinya, Blaupunkt tidak pernah menghampakan dan mengeluarkan setiap produk mengikut kehendak serta permintaan pasaran.

 

 

Kebanyakan pemilik kenderaan gemar bermain audio dan ia juga salah satu cara untuk mengurangkan tekanan ketika tersekat dalam kesesakan jalan raya. Namun begitu, ramai yang tidak mahu membelanjakan duit apatah lagi mengorbankan keadaan sedia ada kenderaan masing-masing. Menyedari hakikat itu, Blaupunkt tampil dengan satu lagi inovasi terkini, subwoofer aktif (Active Subwoofer) GTR 130A.

Subwoofer aktif ini bukan sahaja berfungi untuk memberikan kualiti yang lebih bagus, malah tidak mengganggu penggunaan ruang atau mengorbankan mana-mana bahagian kereta. Dibina menggunakan kepakaran Jerman, Blaupunkt telah menyuntik teknologi amplifier Class AB ke dalam subwoofer ini. Ia tidak memerlukan amplifier eksternal untuk disambungkan kepada subwoofer aktif ini yang memberikan kecemerlangan bunyi output.

 

Bagi makluman, subwoofer aktif GTR 130A ini dikenali kerana sensitiviti tinggi speakernya dengan 92 desibel. Desibel ini melebih ratio kebisingan iaitu 91db yang mampu menapis bunyi-bunyi bising yang tidak diingini dan menyalur keluar gelombang bunyi secara spesifik untuk bunyi yang jauh lebih bagus. Selain itu, subwoofer aktif GTR 130A ini dihidupkan atau dimatikan secara automatik mengikut ruang penentu-ukur pada aras volum yang tinggi. Tidak syak lagi, GTR 130A ini membawakan kualiti terbaik dari sistem audio kereta anda.

 

 

Subwoofer Aktif Blaupunkt GTR 130A
Subwoofer
Spesifikasi
Kuasa output maksima : 300 watt
Saiz speaker : 214.5mm x 135.0mm
Komposisi kon : Aluminium
Jenis magnet : Ferrite
Alat kawalan jauh : Ada
Material kerangka perumah : Aluminium Die-Cast Sealed
Dimensi kerangka : 280 x 200 x 74
Berat bersih : 3.7kg

 

Amplifier
Spesifikasi
Teknologi amplifier : Class AB
Kuasa output normal (RMS) : 130 watt
Kuasa output maksima : 300 watt
Sensitiviti (dalam kereta/1W) 92dB
Isyarat/ratio kebisingan (db) : 91dB
Impedans : 2.2 + 2.2 ohm
Respons frekuensi : 40 Hz – 150 Hz

 

 

Aksesori
Kawalan jauh : alat kawalan berwayar
Kod DC : 5.0 meter
Skru (Jenis Parker) : 5 x 15mm
Skru (Jenis M) : 4 x 8mm

 

 

 

AMICI SDN BHD
No. 11, Jalan DBP 1,
Dolomite Business Park,
Taman Sri Batu Caves,
68100 Batu Caves,
Selangor

No Tel : 03-6189 8188
Whatsapp :+60 17-294 3338
Emel :blaupunkt.malaysia@blapac.com
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UC48hCTl_e8nMFRlCxZojDPQ
Web :https://www.blaupunkt.com/ase/
Web :https://www.amicimalaysia.com/
Facebook :https://www.facebook.com/blaupunkt.asia/
Facebook :https://www.facebook.com/BlaupunktCarEntertainmentMY/