Hotel Hilton yang terletak di Petaling Jaya telah menjadi lokasi berlangsungnya program Ground Zero Asian Meeting 2018. Diadakan pada 2 Disember lalu, program ini dianjurkan oleh ASL Car Audio Sdn Bhd serta mendapat sambutan cukup memberangsangkan dari para peserta yang sudi hadir walaupun program ini diadakan pada hujung minggu.
Selain perjumpaan, program ini turut diselangi dengan sesi seminar yang dikendalikan oleh wakil-wakil Ground Zero ke Malaysia. Para peserta juga berpeluang menyaksikan sesi demo di mana sistem audio telah dilengkapi dengan produk dari jenama Ground Zero. Di kesempatan ini, para peserta telah merakamkan gambar bersama sebagai kenangan.