EMMA Asia Championship 2019

Sebagaimana yang telah dijadualkan, pertandingan EMMA pusingan terakhir telah diadakan pada 10 November yang lalu. Bertempat di IOI Mall, Puchong, pertandingan pusingan akhir EMMA Malaysia dan pusingan akhir EMMA Asia ini berjaya menghimpunkan para peserta yang datang bukan sahaja dari Malaysia, malah seluruh negara Asia yang menyemarakkan lagi penganjuran pusingan akhir ini.

Apa yang menariknya untuk pusingan kelayakan, para peserta yang tidak pernah menyertai pusingan pertama turut boleh menyertai pusingan akhir ini dengan menyertai pusingan kelayakan yang diadakan di lokasi-lokasi terpilih iaitu yang telah dipilih iaitu Pulau Pinang, Johor Bahru dan Kuala Lumpur yang diadakan lebih awal iaitu pada 21 Oktober 2019. Secara tidak langsung, ia memberi peluang kepada para peminat yang tidak berkesempatan mengikuti pertandingan berprestij seperi EMMA sebelum ini.

Bagi makluman anda, pendaftaran untuk menyertai kedua-dua pusingan akhir untuk pertandingan ini telah dibuka lebih awal dan para peserta boleh mendaftar secara atas talian. Malah, pendaftaran awal diberikan potongan harga sebanyak 10%. Mungkin ada yang sudah terlupa tetapi antara hadiah yang menjadi rebutan adalah tiket penerbangan ke Taiwan dan menyaksikan EMMA Asia Final 2019 yang diadakan di Taiwan. Hadiah lumayan ini adalah untuk pemenang King Of Sound Champion. Kepada pemenang, tahniah diucapkan dan agar peluang ini digunakan sebaiknya.

Dianjurkan oleh Automotive Accessories Traders Association Of Malaysia dan Avid Solution, pusingan pertama ini turut mendapat kerjasama dari IOI Mall Puchong. Tahniah kepada pihak penganjur kerana sekali lagi berjaya menganjurkan pertandingan audio kereta yang berprestij ini. Semoga pertandingan ini akan diteruskan di masa hadapan dan melahirkan para pencinta audio yang bukan sahaja pandai bermain audio, malah mempunyai kemahiran memasang sistem audio sendiri.