Ditubuhkan untuk mengatasi ketidakjujuran dalam industri audio, dB Drive mengutamakan ketepatan, ketulenan dan kejelasan dalam setiap produk keluarannya. Berbanding pengeluar audio dan pesaing lain, dB Drive menghasilkan audio berkualiti tinggi dengan modal berpatutan serta memenuhi kehendak pasaran.
Jenama dB Drive ini telah pun dibawa masuk dan diedarkan ke pasaran Malaysia oleh MZ Marketing Sdn Bhd. Anda boleh mendapatkan barisan dan siri produk keluaran dB Drive ini untuk melengkapi sistem audio dan digunakan untuk memenuhi kepuasan minat sendiri atau membawanya ke mana-mana pertandingan.
Bagi memperkasa kemahiran dan pengetahuan para pengedarnya di Malaysia, satu seminar telah diadakan baru-baru ini. Seminar ini turut dihadiri pasukan dB Drive sendiri yang diterbangkan ke Malaysia iaitu Morris Varon (Timbalan Presiden), Danny Aguilar (Pengarah Teknikal) dan Lucia Zhang (Pengarah Pemasaran Asia).
Selain menerangkan tentang jenama dB Drive, para peserta turut diperkenalkan dengan produk terbaharu dB Drive iaitu pemproses bunyi digital EDSP4-31BT dari siri Euphoria. Para peserta juga berpeluang mendengar sistem audio dengan kelengkapan sistem audio dB Drive yang dipasangkan pada sebuah kereta demo.