Custom Car Contest Pesta Pulau Pinang 2019


Sempena penganjuran Pesta Pulau Pinang yang lalu, turut berlangsungnya aktiviti modifikasi kereta iaitu Custom Car Contest yang diadakan pada 14 Disember lalu. Diadakan di pentas utama Pesta Pulau Pinang, program ini dianjurkan oleh Persatuan Belia Jiwa Permotoran (Jiwa Motorsport) dengan kerjasama dari pihak Pesta Pulau Pinang bersama Persatuan Sahabat Belia Pulau Pinang dan GM Management.

Selain itu, program ini juga menerima sokongan padu dari Sahabat Permotoran Pulau Pinang, Nerd Sticker Design, Kikie Lala, PANC, Prosank, SMOOC, WACM, MY@PC, CMC, Lanun Campro, WPCM, RPC, WIBC dan MAXOC. Pertandingan yang dianjurkan ini merangkumi show off untuk Autoshow dan Audioshow yang diadakan secara santai, berselang-seli dengan persembahan live band dari SRG.

Sebanyak 55 penyertaan diterima dari kategori yang dipertandingkan dan dimuatkan di bahagian hadapan pentas utama Pesta Pulau Pinang. Kemeriahan pesta ini dapat dilihat menerusi kepelbagaian warna sepanjang acara berlangsyng yang mendapat sambutan cukup menggalakkan dari para pengunjung. Setiap segmen menyediakan sebanyak 3 kategori yang dipertandingkan. Manakala sebanyak 10 kategori pilihan juri dan Best Of The Best Pulau Pinang yang dipertandingkan oleh pihak pesta sendiri.

Pertandingan yang julung kalinya diadakan dalam tapak Pesta Pulau Pinang ini menawarkan sebanyak 29 piala yang menjadi rebutan para peserta. Sebelum melabuhkan tirai, pihak penganjur menjemput para tetamu kehormat untuk menyampaikan hadiah kepada barisan pemenang yang telah mempamerkan persembahan cemerlang.

Antara yang dijemput sebagai penyampai hadiah termasuk Tuan Yasser Abdullah (presiden Jiwa Motorsport), Tuan Akmal Azhar (ahli majlis MPSP), Tuan Tarmizi (pengasas Sahabat Belia Pulau Pinang), Khairul (GM Management dan juga cik Suriana selaku urusetia pengurusan Pesta Pulau Pinang.

Perkongsian : Azhar Taib (Pak Art)