Stadium Hang Jebat yang terletak di negeri Melaka berubah wajah dan menjadi tumpuan para pencinta dunia permotoran pada 23 Februari lalu dengan berlangsungnya Karnival Melaka United 2020. Dianjurkan oleh CPURT Event Management bersama PAKBOSS & The Geng, karnival ini mendapat sambutan yang cukup memberangsangkan dari para peminat dunia permotoran.
Karnival ini bukan sahaja dihadiri para peminat dunia permotoran sama ada kereta mahupun motor, malah mendapat kunjungan para pengunjung yang mengambil kesempatan ini meluangkan masa di hujung minggu bersama keluarga. Dianggarkan sebanyak 150 buah kereta dan 400 buah motosikal berjaya dihimpunkan sempena penganjuran karnival ini yang turut menyediakan pelbagai aktiviti menarik.
Seawal 8.00 pagi, aturcara dimulakan dan menyaksikan kehadiran para peserta memasuki tapak pertandingan. Pelbagai pertandingan telah disediakan termasuk Autoshow dan Audioshow. Kehadiran kelab-kelab kereta dan motosikal juga secara tidak langsung menghangatkan lagi tapak karnival ini. Antara kelab-kelab yang hadir memberi sokongan termasuk Legend Modified Crew, Geng Alza Biru Melaka, My Alza Owner Club, Empire Motorsport dan banyak lagi.
Perkongsian : CPURT Event Managament