Cool Shield : CS Quartz Crystal Coat

Setiap individu mahu hanya yang terbaik untuk kereta kesayangan dan sentiasa kelihatan bersih serta tampil menarik juga menyenangkan mata. Seiring dengan perkembangan teknologi, pelbagai produk penjagaan kereta serta perkhidmatan ada disediakan di pasaran. Tidak cukup hanya dengan membersih, terdapat juga produk yang dihasilkan untuk melindungi kereta anda agar kelihatan berkilauan seperti baru keluar dari kilang. Antara produk yang menjadi kegilaan zaman adalah pemakaian coating pada kereta masing-masing.

Sebelum itu, anda tahu apa itu coating? Kalau mengikuti definisi bahasa melayu, coating bermaksud penyalutan dan coating untuk kereta pula merupakan bahan untuk melindungi permukaan kereta. Penggunaan coating ini jauh lebih berkesan berbanding teknik-teknik seperti mencuci secara normal dan waxing (pengilap berlilin). Lebih menarik lagi, bahan coating ini akan melekat serta mengeras di atas permukaan cat kereta seterusnya melindungi dari sebarang kekotoran, tidak mudah melekat dan juga tiada kesan calar yang sering kali terjadi ke atas kereta-kereta tanpa coating.

Salah satu jenama yang mengeluarkan bahan coating ini adalah Cool Shield. Dikenali sebagai pengeluar filem penapis haba, Cool Shield menerusi CS Quartz Crystal Coat menawarkan bahan coating untuk melindungi kereta anda. Berbekalkan pengalaman serta penyelidikan bertahun-tahun, CS Quartz Crystal Coat telah menghasilkan bahan lapisan penyalut kaca yang tahan lama untuk melindungi kereta dari pelbagai elemen dan sesuai untuk penggemar kereta yang mementingkan standard berkualiti tinggi.

Direka untuk ketahanan atau penggunaan jangka hayat paling lama, CS Quartz Crystal Coat melindungi dari kehausan warna akibat terdedah kepada cahaya matahari dan dibangunkan secara spesifik untuk melindungi beberapa bahagian lain pada kereta sekali gus menambahbaik prestasi kereta anda. Produk CS Quartz Crystal Coat adalah mesra alam, mudah diaplikasikan dan dalam masa yang sama, menjimatkan masa berbanding pemakaian wax normal yang tidak mampu melindungi, kurang berkilau, tidak kalis air dan tidak tahan lama.

Bagi keberkesanan coating yang optima, anda dinasihatkan agar menggunakan khidmat pakar yang akan memastikan CS Quartz Crystal Coat diaplikasikan dengan baik sekali gus melindungi kereta anda secara maksimum. Bukan sahaja boleh diaplikasikan ke atas permukaan cat kereta, malah CS Quartz Crystal Coat sesuai digunakan untuk bahagian plastik luaran kereta, getah, besi aloi, perapi krom dan juga lampu kereta.

Selain CS Quartz Crystal Coat, siri ini turut mengeluarkan CS Quartz Windshield Treatment yang direka untuk memberikan ketegangan yang tertentu di atas permukaan cermin yang membuatkan titis air hujan menjadi manik-manik dan menuruni permukaan cermin depan kereta pada kelajuan melebihi 80km/j membantu prestasi bilah pengilap cermin kereta yang tidak dapat berfungsi dengan baik dan menghadkan kadar penglihatan pada kelajuan tinggi.

Kebaikan Coating
Anti-kakisan
Anti-asid dan garam
Kalis air
Perintang cuaca
Perintang UV
Berkilau seperti cermin
Kalis calar
Tidak perlu kerja-kerja pengilapan

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Smartint Group Sdn Bhd
No. 1, Jalan SS 5B/4,
SS5, 47301 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.
No Tel : 019 – 276 5848
Emel : enquiry@coolshield.com.my
Web : www.coolshield.com.my
Facebook : coolshieldconceptstore